Tuesday, March 2, 2010

Cik Nul kawan baikku!


Terima e-mel daripada kawan baik aku yang sudah beberapa tahun putus hubungan. Terkejut juga, sebab dia ini memang tenggelam timbul beberapa tahun lamanya. Kali terakhir, kami jumpa tiga tahun lepas sebelum dia berangkat ke Dubai kerana dapat kerja di sana.

Paling mengejutkan aku dalam e-mel ini, apabila dia sertakan bersama; kad undangan perkahwinannya. Oh! Sudah mahu kahwin rupa-rupanya kawan baik aku ini. Tahniah Cik Nul, kau kahwin dulu daripada aku! Tak aci sungguh!

Ada banyak kenangan aku dengan Cik Nul. Dulu kami satu bilik, banyak aktiviti kami lakukan bersama-sama walaupun berlainan fakulti. Dia pelajar kejuruteraan, rakan sekelasnya memang ramai lelaki dan dia pun lasak macam lelaki juga. Berpakaian pun selalunya seperti lelaki. Memang sangat berbeza dengan aku yang feminin dan peminat merah jambu. Dia selalu kutuk kesukaan aku pada warna merah jambu tetapi dalam pada itu, kami sangat serasi.

Kata dia, dia jadi begitu, mungkin sebab ibu bapanya hendak sangat anak lelaki dan dia selalu dipakaikan baju lelaki sejak kecil. Masa kami tahun akhir, katanya, dia tidak terfikir langsung hendak berkahwin sebab dia yakin tiada lelaki yang minat dia sebab penampilannya itu.

Ada satu kenangan yang aku tidak boleh lupa berlaku pada kami. Sebab kami akrab sangat; kami pernah digelar lesbian! Dengan personaliti kami yang jauh berbeza; yang seorang jantan habis, yang seorang lagi alahai femininnya; memang tak hairanlah kami digelar begitu.

Paling tidak tahan, apabila beberapa orang senior ‘geng surau’ datang ke bilik kami dengan misi untuk memberikan nasihat agar kami bertaubat! Terkebil-kebil kami menerima kunjungan hormat itu. Selepas mereka berlalu, Cik Nul hentam ketawa terbahak-bahak, bersungguh-sungguh, berguling-guling sampai sakit-sakit perut!

Apa pun, selamat pengantin baru, Cik Nul. Ainul, Ainul...kau memang mengejutkan aku. Alhamdulillah, akhirnya bakal bergelar isteri juga kau!

9 comments:

lurve_forever2 said...

what a good story,mge cik nul bahagia disamping suaminya...n mge...drimu juga jadi seperti cik nul iaitu bakal brgelar isteri org n dpt psgn idup yg bek.........

Khalid said...

Ditto... pokcik paham perasaan Sali jugak...

No worries, be true to urself.. mr. right shall avail himself soon! i m sure.. :-)

Lifesaver said...

hi SMJ

dulu adik saya yang bongsu pon selalu dipakaikan baju lelaki. dia tidak suka skirt macam kami kakak-kakaknya. maybe sebab mama saya teringin sungguh anak lelaki.

skrg, saya bakal bersalin dan insyaAllah saya akan hadiahkan mama saya cucu sulung lelaki ;)

Aieen said...

Tahniah buat teman SMJ, saya mendoakan agar berkekalan hingga ke akhir hayat, Inysa-Allah..
Buat SMJ, jangan khuatir, setiap insan sudah ditentukan jodohnya, Inysa-Allah anda pasti akan menemuinya pada suatu saat yang telah ditentukan kelak.

Mymaryjane said...

tahniah buat cik nul...

p/s : sally, sy suke kehidupan awk yg mencabar, biler kt blh jmp eaa
to me - kwn2 sume da kawin, sy biler lg??jodoh pertemuan di tangan Allah, yang penting kt sbr n berdoa sll

diha_fitri said...

dun wory dear, wedding scarfmerahjambu nnti sure grand ... ;)

Bicara Tanah Merah said...

harap2 lpas ni turn skaf merah jambu lak eak...

zuesaran said...

suke entry ni..sama kes sy time kolej dulu..my roomate also called princess pinky..even by bed also she put pink bedsheet.same goes to us,sok sek kata we both lesbian.so funny..me like boy she truly princess..now both us already married.pinky has 2 kids me 1 little smarty son..
good luck to SMJ!! wish you'll find u'r soulmate..

nukilan gadis kampung said...

kelakar la dan syok baca blog awak...menarik memang sesuai jadi pilihan rancangan APA KATA WANITA...kat tv 1 haritu...