Thursday, February 25, 2010

apabila lelaki bergosip...


KALI ini aku hendak bercerita mengenai lelaki yang suka mengumpat. Normallah kalau perempuan suka ‘buat ketupat’ tetapi kalau lelaki pun ada yang berpenyakit begini, terasa pelik dan ada benda yang senteng. Tetapi hari ini, tiada benda yang aneh dalam dunia ini.

Seorang kawan sepejabat memberitahu, dia dengar beberapa orang lelaki seronok bergosip di pantri pejabat dan seronok ketawakan orang.

“Adalah mereka sebut dua tiga nama kawan kita. Termasuk nama kau. Aku dengar mereka kata kau perasan lawa, jual mahal tak tentu pasal. Bukan main seronok lagi mereka ketawa besar selepas tu!” kata kawanku lagi.

“Aku perasan, aku jual mahal, aku punya sukalah! Apa yang dia orang sakit hati sangat? Mengatalah sepuas hati. Nanti semua pahala mereka pindah kat aku!” begitu aku balas dengan nada sakit hati juga.

“Pasal bunga yang kau dapat hari tu, aku rasa itu game budak-budak lelaki ni semua. Hati-hati, dia orang memang suka mainkan orang, kadang-kadang dia orang bertaruh sesama dia orang!” dengar macam kawanku beri pendapat yang ikhlas.

Okey, terima kasih sebab ingatkan aku!

Selama ini aku kurang ambil perhatian dengan gelagat sesetengah kakitangan lelaki ini. Tidak kena batang hidung sendiri, jadi tak ada sebab nak ambil tahu walaupun aku dengar memang ada beberapa orang yang ‘nakal’ sikit dan suka mengenakan orang.

Kalau depan aku, bukan main mereka bersopan menegur. Itu yang kadangkala aku rasa mereka memang ‘plastik’, pandai berlakon. Apa kata pepatah yang selalu emak cakap? Pepat di luar, rencong di dalam; di luar nampak baik tetapi hatinya jahat! (Kadangkala rasa mak aku ini macam Karam Singh Walia pula, banyak sungguh hafal pepatah dan bidalan!)

Kalau aku kata lelaki di tempat kerja aku ini tidak gentleman, ada pula yang marah nanti. Tetapi memang ada segelintir yang perangai begitu. Dengki agaknya, tak boleh tengok perempuan lebih sedikit daripada mereka. Bab bergosip, merekalah yang lebih cekap. Tahulah kerja dalam dunia media yang memang warna-warna tetapi setiap benda ada had dan etikanya.

Hmmm, lelaki… lelaki. Tetap spesies yang aneh, kan?

10 comments:

Sofia Feodora said...

lelaki...kekadang tak boleh percaya sgt.....susah gak nak cari yg baik2 skrg nie....

DN Blogshop said...

i jumpa ur blog kat MW.. cerita beguna

~Kak AZZ~ said...

believe it or not...

lelaki kalau dapat mengumpat, lagi havoc dari perempuan...

believe it...!!!

hahahaha...

Mat Gebu said...

Wooo....ini isu sensasi...tapi benda ni susah nak kata, sebab bila ada topik hangat, tak kira lelaki atau perempuan, mereka tetap bergossip...Ada tu mereka join venture lelaki dan perempuan bergosip sama...Rasa2 lah kan kenapa mereka bergossip pasal Salina?.

Aida The Pink Goddess said...

lelaki lebih teruk bergossip kalau dah jumpa geng!

::MiSsieZ:: said...

lelaki, kak sali...kalau dh bergosip, bukan setakat yg luaran je, yg dalam2 pun skali.men are men, they berlagak sesama sendiri, show off nak tengok sapa yang paling best.in the end, takdak sapa pun yg menang.tapi yg jadi mangsa? POMPUAN!!!

regards,

nbaizura
http://missiez.blogspot.com/

p/s: thanks for your layanan mesra masa lawatan dari udm last weekend.we really appreciate it.all the best!

Aieen said...

Lelaki,kadangkala mereka mengumpat lebih teruk daripada perempuan. Susah kadangkala untuk membicarakan topik ini tapi inilah hakikat dan realiti dunia sekarang. Tak sangka lelaki sekarang pun reti nak mengumpat orang.

Dqiara said...

Jangan saling tuduh-menuduh antara gender. Tak payah fikir tak payah kata jantina mane yang lebih kuat mengumpat..Tak mendatangkan feaedah..tak mendatangkan keuntungan dapat duit atau pahala.
Baik renungkan diri masing-masing dan bayangkan azab yang akan diterima masa kat akhirat nanti bila kita mengumpat. Dosa ngumpat sama je dik tak ikut gender.

Qiara @ kerja dari rumah

Azie Ziedazzle said...

Kalau lelaki tak mengumpat, kenapa p.ramlee cipta terma "ahli mesyuarat tingkap" hehe

jongkang-jongkit said...

yekew... laki ngan pompuan samer jerk.. tiada bezanya... masing-masing pandai bergosip... lelaki kurang sikit la...