Tuesday, February 16, 2010

peminat rahsia


ADA sekuntum ros merah atas mejaku. Daripada siapa? Aku tidak pasti. Ada sekeping kad kecil disertakan sekali dalam balutan mawar merah. Selamat Hari Kekasih! Demikian bunyinya kad ucapan itu.

Aku malas pedulikan. Siapa yang raikan Hari Kekasih? Aku sendiri secara peribadi tidak pernah pedulikan tarikh ini dan ‘perayaan’ yang disambut pada tarikh ini. Ini bukan perayaan orang Islam, tidak sesuai dengan budaya orang Melayu. Maaflah ya, bukan aku tidak hargai pemberian orang. Tetapi Hari Kekasih itu bukan amalan orang Islam.

Walau bagaimanapun, kepada orang yang bermurah hati menghabiskan duit seringgit dua unutk membelikan sekuntum bunga ros merah untuk aku, terima kasih!

“Ada secret admirer nampak?” Kawan-kawan mengusik.

Aku angkat bahu saja. Sebab namanya ‘secret admirer’, maka aku pun tidak kuasalah hendak beria-ia menyiasat siapa yang memberikan ros setangkai ini kepadaku. Biarlah ia tinggal menjadi rahsia yang tidak penting dalam hidupku!

Tetapi sambil buat kerja dengan ros setangkai berada di depan mata, kadangkala di hati tercuit juga pertanyaan, tangan siapalah yang menghadiahkan bunga ini? Aku pandang sekeliling cuba-cuba ‘mengintai’ kalau-kalau ada sesiapa yang ‘berpotensi’ untuk menjadi peminat rahsia itu. Memanglah mulut kata tidak penting untuk mengetahui siapa yang memberikan hadiah ini, tetapi hati perempuan manalah yang boleh menahan rasa ingin tahu itu. Betul tak?

Namun begitu, aku harus juga berhati-hati. Manalah tahu kalau semua ini hanya gurauan kawan-kawan yang ingin melihat aku ‘syok sendiri’. Heeee, harap-harap tidaklah sampai begitu.

(Sebahagian besar kawan pejabat masih bercuti. Maklum cuti panjang Tahun Baru Cina. Tapi mengenangkan aku ada banyak kerja yang belum selesai, terpaksalah datang juga ke pejabat menyudahkan apa yang patut. Menarik juga bekerja dalam keadaan sunyi sepi dan tidak ramai orang di pejabat. Selamat kembali fokus pada kerja, ilham melimpah-ruah!)

16 comments:

Princess Syaa said...

ohh da ade peminat... congratz... who knows maybe Gog send someone for u...

~Kak AZZ~ said...

ya betul tu... Kena berhati2 selalu... Jangan sampai dipermainkan oleh kawan2 kelak menimbulkan sakit hati yang berpanjangan....

Harap2 memang betul la U ada peminat rahsia tuu... cerah masa depann...hehehe...

Khalid said...

Betul.. Hati pompuan seperti kucing kerana sifat ingin tahu.. Butt, remember, curiosity kills a cat... hi hih...

Neway, gud luck...

p/s: silap tu dia hantar mawar merah.. sepatutnya, hantarlah mawar putih dulu..:-)

Acikwunchy said...

hehehe...

wow..tgk lagi, mana tau lepas ni di bg 3 tangkai pulak.. good luck!^.^

Chit Ana said...

harap betul lah tu peminat rahsia ;)

Diarihatiku1976 said...

ohh da ade peminat...

Ilyah... said...

Heheheh..ada secret admire nampak...tp hati2, takut kawan2 nk kenekan kita....

Aieen said...

Alhamdulilah nampaknya dah ada secret admire... Inysa-Allah cpt sampai jodohnya.. Tapi tetaplah fokus pada kerjaya yea... mudah2an rezeki terus berlimpah-limpah.. Amin

~♥ iella ♥~ said...

itu tandanya ada peminat yang nk berkenalan..Apa perasaan dapat bunga & card tue..??

Normah said...

orang nak kata syok sendiripun x pe. biarlah. yang penting kakngah gembira. kadang2 boleh meningkatkan motivasi dan konsentrasi untuk bekerja.

Nini said...

Alhamdullilah, kalau i dpt bunga macam u pun i bole jadi angau. haha.. takde tanda2 ke siapa yang berkenan ngan u, ape ape pun i doa kan yang terbaik untuk u. :)

Cik Amy Sensei said...

salam..

waahh....dapat bunga mawar..so nice!

mawar hijau said...

seronok rasenye bila ade orang hadiahkan kite bunga..tp jgn dilayan takut nnt memakan diri..

gadis pagi buta said...

wow...u dapat ros merah...i harap orang yang bagi ros merah tu kat ikhlas dan bukan berniat nak main2kan u...u mesti hati2 tau...

Lifesaver said...

siapa agaknya tu

agy7500 said...

Saya layari blog ini selepas menonton rancangan di TV 1 tentang Sekolah Berprestasi tinggi. Tahnia saya ucapkan kerana blog ini mempamerkan penggunaan bahasa yang baik dan menarik. marilah kita memartabatkan bahasa Melayu.