Tuesday, February 2, 2010

kalahkah aku?

AKHIRNYA aku cair dan kalah juga. Dalam berkeras tidak mahu menerima ajakan Yusuf untuk keluar bersama, akhirnya aku terima juga ajakan dia. Setiap hari dia asyik IM bertanya, bila ada masa untuk keluar makan dengan dia, aku rasa tidak boleh hendak menolak lagi.

Susah hendak tolak apabila beberapa kali dia asyik menyindir aku jual mahal dan perasan bagus. “Ajak keluar makan saja, bukannya ajak kahwin. Saya sudah ada isteri, tak berhajat nak pasang satu lagi!” Begitu lebih kurang dia menulis dalam IM, sungguh-sungguh buat aku sakit hati. Di hujung ayat, dia selitkan ikon ‘ketawa besar’, buat hati aku lebih terbakar!

Apabila dia sudah sampai ke peringkat ‘mengutuk’ dan ‘mencemuh’, aku pun rasa tercabar juga. Dia ingat dia bagus sangat? Aku terima ajakan dan cabarannya. Rasanya macam aku hendak kata pada dia, “Saya tak hairanlah dengan awak. Kalau awak bukan suami orang pun, saya tak hendak pada awak!”

Tetapi akhirnya aku tidak luahkan kata-kata itu. Aku simpan sendiri saja. Kalau hendak berbahasa pun, biarlah berpada-pada. Jangan nanti, aku dimakan sumpah kata-kata aku sendiri!

Kami keluar. Destinasi luar, bukan di kafe pejabat. Dia yang beria-ia sangat hendak belanja aku di tempat kegemarannya. Orang hendak belanja, aku turutkan saja. Aku cakap pada diri sendiri, keluar makan sahaja okey! Betulkan hati, luruskan niat! Sesekali fikir, aku rasa seperti aku ini bereaksi keterlaluan pula pada sebuah ajakan untuk keluar makan. Tentu dia fikir, aku over acting, macam bagus sangat diri tu!

Makan, minum sambil bersembang-sembang. Macam-macam cerita pula yang keluar, termasuk hal ehwal pejabat. Paling aku tersentak apabila dia kata, dia pernah dengar gosip suatu ketika dahulu (ketika dia masih bujang) bahawa Sali memang minatkan dia. Dia cerita dalam nada ketawa sambil dia sambung, “Saya rasa, dulu saya pun agak minatkan awak, Sali!”

Apa yang aku rasa? Entahlah…

(Okey, aku tahu ada kawan yang akan marahkan aku sebab keluar juga dengan lelaki itu tetapi aku harap-harap ini kali pertama dan terakhir. Titik!)

14 comments:

Anonymous said...

kadang2 bila dah sekali terjebak..susah nak larikan diri cik sally..harap awak tak macam tu..berdoa banyak2 di jauhkan..

Cik Azz said...

Kalau boleh jangan la ada yang kali kedua....Kena betol2 kuatkan iman tu...huhuhu...


Kenapa org pompuan mudah sgt terima pelawaan "keluar makan" tu ehh...??

Tunggu jawapan kat tv je la nanti....hehehe...

shafa said...

semoga ini pertemuan pertama dan terakhir buat SMJ....harap tidak ada pertemuan kedua.....

Normah said...

Akhirnya cair, akhirnya kalah.... dengan ajakan si yusuf. Tepuk dada tanya hati. Kan cantik kalau jawab je pada si yusuf tu, "memang jual mahal.... memang bagus..... so what..." Tapi.... dah cair dan dah kalahpun.. nak buat camne. Tapi takpe... next time kena betul2 jual mahal... kena betul2 bagus. Allah jua yang maha mengetahui apa yang ada di dalam hati manusia.

Unknown said...

Baru2 ajak kuar makan, kalau kita layan lagi, ape2 lagi dia ajak kita, hmmm.. sebaik nya jangan keluar berdua duaan, lain kali keluar beramai ramai kan seronok, takut2 nanti jadi gosip yang bakal tempias ke isteri nya, apa agaknya isterinya akan merasa ye, fikir fikirkan la, rambut sama hitam, hati lain lain. Betul hati, luruskan niat, insyallah. Amin

anatayuni said...

;)

loveformykids said...

NAMPAK SANGAT KAT SINI IMAN CIK SALINA X KUAT.. INGAT LA SYAITAN AKAN MENGODA KITE LEBIH DARI 1 ATAU DUA KALI DARI SITU TUHAN NAK MGUJI IMAN KITA,,, KALAU BTOL KTE KUAT IMAN BND2 KECIK MCM NIE X AKN DIFIKIRKAN SGT... INGT "SKALI SKALA DUA KALI JADI BALA TIGA KALI DIRI SENDIRI MERANA"... APE2 PUN TEPUK DADA TNYA IMAN... KUATKAN IMAN PADA TUHAN INSYALLAH BDN2 MCM NI XKAN MJADI MSALAH

Zatul Ramzi said...

Salam kenal,

hati-hati yer..doa saya good luck menepis ajakan si dia tu next time

Unknown said...

u will succumb... i know..;-)

cayunk C-DA said...

uish..nampak sangat la dia nak try cik smj ni..klu saya buat tak tahu jer la..sbb dia dah berkahwin..saya kuatir, walaupun cik smj kluar makan ngan dia nanti, kalau wife dier dapat tahu, cik smj yg naya nanti. walaupun cik smj dalam hati x de hati langsung pada si yusuf ni..so, ignore jer la..

Hiking Muslima said...

I'm sorry, I don't really know you and but I read all your posts. I don't like you style.

I don't know why your blog is featured in the TV - it doesn't really inspire anything good, this is just another dilemma faced by a single career woman.

You minat Yusoff dalam diam, tak buat apa2, pastu bila orang tu kawin u kecewa. Why you nak kecewa? The guy doesn't owe you anything and you tak pernah buat apa2 to achieve something in this aspect. You only have yourself to blame. And only bila the guy dah kahwin, you baru nak ambil tindakan, walaupun secara tak sedar (u terima ajak dia). I'm sorry, but, jalinan perkahwinan ialah sesuatu yang suci and bila ada orang mengganggu secara conscious ataupun tidak, and apatah lagi bila suami orang tu sendiri mengalu-alukan, keluarlah imej yang buruk terhadap kedua2 suami dan juga si orang ketiga.

I suggest you find someone else to occupy your mind with. What's done is done. Do better.

sharinor said...

kadang2 perempuan ni mempunyai rasa ingin tahu yang kuat. Dia nak keluar sebab konon2 nak menyiasat kenapa suami orang ni syok dengan dia, apa lebih dia dan kurangnya isterinya. Tapi harus sedar tak semua kita fikirkan itu betul. Tak tercapai akal seorang dara untuk memikir kemampuan seorang suami. Lebih baik berhati-hati, jauhkan diri dari mencuba. Kalau nasib tak baik kena 'calit' terus tak boleh lupa. Melekat.. kononnya jatuh cinta. Hilang semua.. Habis madu sepah dibuang. Siapa yang susah? Renung2kan..

Unknown said...

cik sali pokok pangkal ttp pd ajaran Islam.. kalo nk kluar untuk berkawan ajak org lain sama sbb gayanya mcm cik sali dh bole bc situasi sebelum kluar bersama. Laki or perempuan htnya mau berpsgn.. N sebagai seorg laki bg sy si yusof tu mcm dh ada keinginan lain dr seorg kawan.. mcm sy kalo sy nk kluar dgn seorg rkn wanita sy akan ajak org lain skali agar xdisalahfaham.. Begitu sebaliknya.. kecuali mmg kwn lain xmau ikut or ada perkara2 yg xbole dibicarakn dgn org lain.. Hati wanita mostly apabila dh bole msk skit ianya mudah dikuasai.. nsht sy sng jer kalo xnk terjebak dgn situasi yg sakit paler 1 hr nnt better jauhkn diri terus dgn yusof.. sumer org bt silap tp x sumer org bole sedar n betulkn kesilapan tu secpt mungkin..

kechik said...

setuju... semua org buat silap... tapi.. tak semua org bleh sedar.. dan betulkan kesilapan.. dan.. ada jgk yg sedar.. tp.. tak jgk betulkan kesilapan yg ada...