Monday, February 8, 2010

kalau berbudi...

BARU balik dari bertugas luar daerah. Masih kepenatan, bahan bertimbun yang aku bawa balik semua harus diselesaikan, juga borang-borang yang perlu diisi, mesti disiapkan segera.

Empat hari di Perak, aku keluar kampung, masuk kampung untuk melihat aktiviti orang desa. Aku juga asal dari kampung tetapi aku kagum sungguh melihat aktiviti warga desa hari ini. Ketika masih kanak-kanak, aku pernah menganggap, tinggal di kampung bukanlah satu pilihan yang bijak. Maaf, bukan memperlekehkan kampung tetapi aku maksudkan dari segi peluang kerjaya.

Belajar bertahun-tahun di universiti bertungkus-lumus mengejar ijazah dan dalami teori itu ini, takkan selepas itu hendak bekerja di kampung, jadi petani atau penternak? Sekali fikir, rasa seperti tidak praktikal dan tidak berbaloi! Tetapi kali ini, aku amat terbuka mata melihat peluang yang ditawarkan di desa. Betullah kata orang tua-tua, kalau berbakti pada tanah, kita akan dapat ganjaran berlipat kali ganda. Wah, terasa seperti pegawai penerangan pula!

Teringat pula aku pada pokok rambutan kuning milik emak di hadapan rumah kami di kampung. Emak tanam ketika aku baru hendak masuk universiti. Masih terngiang-ngiang katanya, “Emak tanam ni bukan untuk emak. Emak ni entah sempat, entah tidak merasa buah ni. Tapi ini untuk anak-anak dan cucu-cucu emak makan; pelaburan jangka panjang...”

Lebih kurang dua tahun lepas ketika rambutan kuning itu berbuah sulung, emak sempat merasai buah pertamanya. Aku tengok air mata menitik. Terharu agaknya dia sebab berkesempatan merasai hasil tangannya sendiri. Sekarang pokok itu masih memberi hasil, jadi tempat anak-anak buah aku belajar memanjat dan berlagak Tarzan!

Eh, rindu pula pada rambutan kuning emak! Angah rindukan emak juga!

(Terima kasih pada komen & pandangan semua sahabat SMJ dalam entri sebelum ini. Insya-Allah yang baik akan dijadikan panduan. Allah jualah yang akan membalas keikhlasan sahabat-sahabat.)

12 comments:

ziedazzle said...

emm saya ni hantu rambutan kuning huhu..

zaman IT ni sapa yang bijak & kerja keras akan dapat hasil, lagi2 yg kerja kampung..

~Kak AZZ~ said...

kat rumah akak ni bnyk sgt pokok rambutan...dan dh bnyk jugak yg ditebang....Banyak nyamok la sbb bnyk daun2 gugur, tak larat dah nak menyapu....

Tak semestinya yg ada degree itu berjaya dan tidak semestinya yg takde pelajaran tu akan gagal selamanya...Pokok pangkalnya rajin berusaha dan bijak mencari peluang...hmmm...

Lifesaver said...

rambutan kuning lebih sedap dari rambutan merah?

hahaha said...

saya selalu tgk blog awak dlm ape kata wanita...citer2 dlm blog nih sesuai tuk kite hehehe saya pun bujang cam awak gak...
saya pun nak jd follower awak le

Risik said...

salam SMJ ..dtg perak ye ade lalu taiping tak?? kalau bleh la sye ajak SMJ plak kuar makan hehehehee, sape la sye kan..

Diarihatiku1976 said...

saya pun hantu rambutan kuning gak...

adib ahyar said...

yeah...
saya masuk apa kata wanita...

yana said...

Apa-apa pun yang penting rajin usaha...pasti berjaya

mysweetnesslens.blogspot.com

taa said...

welcome sally,pe pun sy doakan awk terus berjaya..
makeup service dengan harga promosi,jOm usha http://beautifultaa.blogspot.com

kasutmarryjane said...

salam SMJ..nak mintak nasihat skit psl kehidupan ni..rasa macam dah lost sgt..x macam dulu always ada inspire within self tuk maju..please..please..thanks!

zam1980 said...

Topik nie mcm berkaitan aku.. huhu.. Aku merupakan pelajar terbaik IT grade pd 3.92.. Tp perjlnn kerjaya aku xberkaitan sgt dgn IT.. Abis grade aku jd technician robot n setaun trus jd Leader tp sbb xpuasht dgn penindasan melampau terhdp org islam dlm kilang tu aku brenti n kerja sendiri.. Skrg aku merupakn penternak ikan yg bole dikatakan berjaya dikalangan org melayu, aku juga sedang mempelajari perniagaan berkaitan kereta mewah dan merupakan ejen hartanah.. xkira apa yg kita belajar dulu tp kalo dpt peluang yg lebih baik walaupn bidang lain just grab it.. Bidang xpnting janji rezeki yg halal n masa depan yg gemilang..

zam1980 said...

byk sebenarnya peluang dikawasan desa cuma org desa ramai yg x nampak pluang tu.. Aku sedang merancang program utk membangunkn tanah di sebuah kg di Perak.. skrg msh dlm perancangan n rundingan.. Kalo dh berjaya nanti insyaallah akn diberitahu nnt..