Friday, February 19, 2010

cinta gelap; dara vs suami orang!

Aku pernah menulis beberapa kali mengenai Yusuf dalam SMJ ini. Dan aku tahu ada yang marah-marah aku kerana aku menulis mengenai Yusuf. Ada reaksi keterlaluan daripada beberapa pihak yang mengatakan aku melampau, aku hendak rampas suami orang dan aku perosak rumah tangga orang.

Beberapa kawan rapat yang mengikuti SMJ ‘ketawakan’ aku. “Itulah engkau, tulis dalam blog kena hati-hati, nanti tak pasal-pasal kena ‘serang’. Kalau kena serangan mortar daripada musuh yang dikenali tak apa juga sebab kita tahu hendak balas balik muncung senapang. Tapi kalau serangan daripada orang yang tidak dikenali, susah juga tu! Dalam dunia ini ada macam-macam musuh, musuh dalam selimut pun tak kurang ramai. Takut nanti kau ‘ke dalam’ sebab salah tuju.”

Tetapi ada juga seorang dua rakan kata, ‘drama’ aku menjadi. Helo, aku bukan sengaja-sengaja reka cerita, buat drama, okey! Aku sekadar membalas, “Takkan sampai aku kena buat sidang media untuk menjelaskan keadaan?”

Aku tahu isu ‘Dara VS Suami Orang’ memang sangat sensitif. Sensitif kepada golongan wanita, terutamanya yang sedang bergelar isteri. Sama ada si dara memang ada niat atau langsung tiada niat, orang tetap pandang salah pada si dara itu.

Pelik, lelaki tidak pula dipandang salah walaupun ramai lelaki yang asyik menggatal mengurat perempuan lain. Asyik-asyik perempuan yang salah. Sikit-sikit kata perempuan kalah. Tetapi benda tidak akan jadi kalau mainan sebelah pihak sahaja. Siapa yang memulakan, patutnya orang yang memulakan permainan itulah yang harus ‘digerudi’ dahulu.

Manusia ini memang skeptikal, terkadang rasa tidak adil sungguh! Aduh, nada aku ini sudah semacam pejuang hak asasi wanita pula!

Dalam hati aku kata, aku patut suruh Zamzarina kupas isu ini dalam AKW mengenai isu bercinta dengan suami orang! Heheheh. Boleh tak Cik Zam?

31 comments:

Nαtαshα Amer © said...

lawat sy kembali!!!

Diarihatiku1976 said...

memang ler.. tak jadi kalo takde lawan.. masalahnya.. lelaki baik pun tapi kalo pompuan dah hari2 goda .. camner... imam pun leh buang songkok bro....

hannahsarah said...

dua-dua salah n gatal!!

~*irjune*~ said...

kalau kita igt siapa diri dan apa status kita....insya allah semua ni takkan berlaku. yg penting dalam berkawan biar ada batasan. jgn di layan hati yg rawan kelak diri sendiri yg terperangkap.

Anonymous said...

Bertepuk sebelah tangan tangan tidak akan berbunyi...
Apapun kene fikir...suami orang tu..dah sah dia lelaki, sifatnya dah jelas..kita perempuan kena fikir masa depan. Masa depan kita dan masa depan orang lain juga terutama isterinya. Apa kata orang pulak... Apakata jadi kat kita...Fikirkan..

Unknown said...

Yang jelas sekali pada i la eh(jgn marah la kalau i komen macam ni), sepatutnya la kan, sekiranya ade suami orang yang cuba menggoda kita (yang dara-dara jelita ni), kita harus la cuba tarik diri sikit. Cuba tunjukkan yang kita tak berminat langsung, jangan la pulak kalau dia bertepuk satu tangan, kita pulak bertepuk tangan yang lagi satu. Haiz, yang bujang kan bersepah macam semut, kenapa suami orang kan? Kita perempuan mesti tunjukkan bahawa kita bukan lemah seperti yang disangkakan. Insyallah.. selamat.

Syaa said...

jgn hancurkan kebahagian perempuan lain.. sebab kite juge seorang perempuan.... lambat laun naseb yg same akn menimpa kite... fikirla tentang anak2 die yg maseh perlukan seorang bapa n tunggak keluarge..
sekian...

mawar hijau said...

perhubungan yg dibina di atas air mata org lain bukanlah perhubungan yang akan menjamin 100% kebahagiaan..ingat smj! klu lelaki blh tinggalkan perempuan yang dy ade kerane kite,x mustahil satu hari nanti dy akan tinggalkan kita kerana kerana perempuan lain

Mass said...

semua terjadi apabila melibatkan hati & perasaan .. Memang selalu dikatakan wanita yang gatal kan.. masalahnyer di sini hati ...
Dah nak terpikat nak wat camner kan.. Cuma status yang berbeza.. Memang ia seharusnyer tak patut berlaku.. tetapi bila hati dah terpikat , bila jiwa dah terikat.. hmmm.. 'tepuk dada tanyalah hati.. Hanya diri sendiri yang tau nilai diri sendiri...

norazia_n74 said...
This comment has been removed by the author.
senjamerah_10 said...

isu ini memang sensitif kalau diajukan...kadankala kita terlupa kenapa suami orang masih mencari cinta lain? dan masih boleh mencintai sidara lain? adakah dalam rumah tangga itu sendiri yang tak kena? Renung2kan dan fikirkan lah....

Mummy Chubby said...

salam salina...dah follow u, follow back... :) hot issue! mummy pn de xperience mcm nih..hubby vs anak dara...

F I F I said...

kalau takde angin,takkan pokok boleh bergoyang kan?

ok jugak kalau kupas isu ni kat AKW.
:D

Ainie Mahdi said...

the feeling was come sebelum yussof kahwin.. jgn salahkan sesiapa.. Allah sentiasa janjikan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA..Klu pertikaikan apa yg ditentukanNYA, samalah jugak kiter pertikaikan Qada dan QadharNYA.. so, terima dgn hati yang terbuka.. sekadar pendapat je.. hehe.. =)

Ainie Mahdi said...
This comment has been removed by the author.
adibdanish said...

Apalah sedapnya bercinta dengan suami orang ne?. Seronok sangat ke?...Hmmm...tapi tak tau lah kalau dah jodoh cik salina oi!...hahaha

adibdanish said...

Tapi heranlah sekarang ne yang suami dah ubah taste suka pada perempuan yang berusia dan punya anak ramai. Dan si isteri pula suka pada lelaki jauh lebih muda..hai dunia dah terbalik agaknya kan sali?

gadis pagi buta said...

Bila iman x kuat macam2 boleh jadi...dunia skarang dah terbalik...

Anonymous said...

yerp!lebih baik menggelak cik SMJ

Unknown said...

cik SMJ, kuatkan semangat, cekalkan hati, sebaiknya elak dan elak. *x sanggup dan tertanggung rasanya.

Unknown said...

Pokcik teruja bila Sally menulis ttg si Yusop, psl, Sally sukakan dia jugak... I know...

There is nothing wrong for being true to urself.. Remember, attraction is not a choice..:-)

Unknown said...

Tepuk dada tanyalah iman, kuatkan iman,mantapkan ilmu,kukuhkan semangat yang kental...

Anonymous said...

sebenarnya,sistem nie senang je..kalau tpuk sebelah tgn tak berbunyikan???jd,bila ada anak dara bercinta dgn suami org,maknanya,tepuk 2 belah tgn berbunyi...si lelaki n perempuan sama2 salah..bg org perempuan,klu kt marah ayah kt kahwin dgn org len n diambil perempuan len...sme jg la pasaan isteri org yg kt ambil tu..bg lelaki,sekali pun Islam beri kebenaran utk kahwin 4,igtlah bahawa,and bgtu memuja dan mengatakan "Kaulah yg satu" kpd isteri anda semasa berccinta dlu...

Normah said...

bila sesuatu itu halal, siapalah kita untuk mengharamkan...kalau sesuatu itu ikut adat yg betul, siapalah kita untuk menyalahkan...

Unknown said...

jgn cpt menghukum..jika dh takdir tertulis sebegitu jadinya..siapala kita utk menyangkal.bila berada di tempat itu barula tahu mcm mana rasanya..sesungguhnya suami itu hanyala milik sementara isteri di dunia.tp milik kekal bidadari syurga.tk salah berkongsi kasih asalkan tk terabai yg sedia ada.pasrah menerima itu saja kunci utk isteri2 d luar sna

cat eyes said...

Betul tu..jgn cpt mghukum..mane ada manusia yang hidup kt dunia ni nak hidup dgn kata nista bile brkwn dgn suami org..cuba selami hati sidara...kerana hati..kasih..cinta dan rasa bukan milik kita..kita manusia hanya mampu mengawalnya.

sharinor said...

kebanyakkan lelaki yang menggatal bukan dari kalangan lelaki yang beriman, yang hendak memimpin isteri ramai.. tetapi lebih kepada nafsu. Sedarlah dara.. jagalah maruah anda, harta (dara) anda itu. Gunakan apabila sampai waktunya dengan lelaki yang betul jodoh anda, barulah nikmat. Kalau dia(suami orang) benar jujur nak dapat keredhaan Allah dia mesti suruh isteri carikan. Tak memilih..

Unknown said...

benda nie xbole slh pada mn2 pihak.. ia bole dikatakn fitrah manusia cm ianya ada kesilapan.. Aku nie member rmi.. Mmg ada kawan2 aku sendri yg tido dgn istri org.. aku sendri pernah digoda bini org.. Dr pengalaman aku benda nie x berlaku kalo sorang jer mau.. Mcm aku, aku xmau so benda xberlaku.. bg yg mau benda akan berlaku.. Bila duduk di tempat aku mmg perasaan takut nk berkahwin tu ada sbb aku melihat bukan sorg dua yg curang ttp terlalu rmi begini.. Jd bole kah kita mempercayai psgn kita??? Yg pasti pompuan or lelaki bole curang bila nafsu menewaskn keimanan..

kechik said...

ssh bila melibatkan perasaan... ia suatu benda yg samar2... tiada jaminan...

tapi.. itulah kehidupan.. sgala yg berlaku..adalah asam garam dlm kehidupan.. kalau kita takut utk melangkah.. kita tak akan ke mana...

belajarlah utk setia.. insyaAllah.. pasangan kita juga akan setia...

as_aisya said...

sya tak faham

as_aisya said...

sya terlibat dengan msalh cmni.suami VS dara (dara ke?).dah berkali2 sya dianiaya begini..msuk ni dah 3 kali.tak serik2.klo tak suka sya jd isteri,jgn aniaya,jgn buli perasaan sya,jgn paksa sya terima,jgn hina sya..suami biarkan sja sya dihina pepuan tu. sya lawan,sya kena.sya tak ikut kehendak dia,sya kena.sya tak bagi dia kuar jumpa ppuan tu kul 2/3 pagi,sya kena.ppuan tu merayu nak jumpa kul 2/3 pagi,suami mintak izin sya kua,logik ker anak dara cam tu?mak bapak dia jauh KL dia kat jb. sya bagitau mak bapak dia,sya kena.last2 dia cut off hbungan,tp sya tak rasa camtu,n sampai skrang ni pun sya masih di tipu2 lagi.msalahnya knapa nak tipu sya.?pegi lah kat ppuan tu kalo rasa dia bleh bagi kebahagian.tapi dia taknak,alasan dia bukan sekejam tu.n paling penting dia tak mau nampak yang dia tu jahat n kejam. tinggalkan isteri nak kejar orang lain.eee..sya benci tengok muka perempuan tu yang tersenyum mengejek sya.depan suami sya dia belakon baik,tapi kat belakang,dia hina sya,dia ckap..."ada aku kesah?".