Sunday, January 31, 2010

buku oh buku!

TIGA pesta buku (bersaiz mini) berlangsung hujung minggu ini. Minggu ini banyak juga cuti; cuti Thaipusam (Sabtu) dan Cuti Hari Wilayah (Isnin). Cuti Hari Wilayah khusus untuk warga Wilayah Persekutuan; orang negeri lain, harus bekerja seperti biasa ya!

Pertama, Karnival MPH yang menggabungkan beberapa penerbit buku berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam. Kedua, Karnival Karangkraf (syarikat yang terkenal sebagai penerbit majalah terbesar di Malaysia) berlangsung di premis mereka di Shah Alam juga. Satu lagi, Jualan Gudang Utusan berlangsung di premis UP&D di Taman Shamelin Perkasa.

Syurga buku bagi penggemar buku! Siapa kata orang Malaysia tidak suka membaca? Dengar cerita, hari pertama kutipan di salah satu daripada tiga karnival ini berjaya mencecah ratusan ribu Ringgit Malaysia.

Bukankah itu boleh jadi tanda bahawa orang Malaysia sudah mula suka membaca? Mungkin orang akan kata, membeli buku tidak semestinya menandakan dia suka membaca. Tetapi hakikatya, apa gunanya beli buku kalau tidak dibaca. Hendak dibuat perhiasan rumah pun bukanlah cantik sangat. Lebih baik beli perabut jati atau televisyen skrin rata, lebih berbaloi daripada beli buku.

Jadi, tidak perlulah pasang persepsi pada orang yang suka beli buku tetapi tidak baca. Kalau dia tidak baca hari ini, mungkin esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan atau beberapa tahun lagi baru dia berkesempatan membaca.

Aku? Aku sudah habiskan ratusan ringgit untuk tiga karnival buku minggu ini. Nasib baik juga kerajaan buat peraturan pembelian buku boleh lepas cukai. Bila hendak dibaca semua buku ini? Insya-Allah, akan ada masanya.

Selamat berhujung minggu dan membaca!

7 comments:

Anonymous said...

sally, ak rase blog ko ni x patot djmasukkn kat AKW. ko ni duk crita pasal yusof tu buat ape? laki org tu.. ko ni nk rmpas laki org ke? x patot d jadikan cntoh la blog ni... hmm org mcm ko ni la yg jd org ke 3 dn mruntuhkn rmh tgga org. sorry to say la...............

nyct said...

betul tu...

nyct said...

...soal hati ini kalau boleh jangan terlalu outright sangat. Kita ni pompuan..perasaan malu mesti ada.. kalau tidak macam mana nak differentiate laki2 dengan pompuan.

Cik Azz said...

salam...

Akakpun suka gak beli buku ni, tapi setakat novel je laa...hehe...

Kdg2 tu beli sekali banyak, tp tak tau bila nak baca.... Tengok mood jugak nak membaca novel ni kann...

Unknown said...

Hi sali, cakap pasal buku, saya pun hantu buku dan majalah2.. rasanya kalau satu hari tu duduk dalam bilik ke tepi laut ke dan layankan baca buku dan majalah memang la terasa nikmat nya. Heppi betul. Lebihkan pengetahuan betul x sali.

I suka sangat baca blog you ni. Salam sejahtera.

Anonymous said...

alamak!terlepas pergi ke karangkraf tu~

kechik said...

salam.. hihi...

mgkin arini hari sally... siapa tau.. esk hari kita... jgn lupa... jodoh.. pertemuan... ajal semua dah ditentukan...

kepada semua kaum wanita di luar sana... kita tidak tahu apa yg akan jadi pada hr esok.. jd... tak perlulah menuding jari ke arah org lain..

nasihat untuk diri saya terutamanya... dan utk org lain yg mahu menerima...