Saturday, January 16, 2010

kasih berputik kembali?

SEMINGGU ini aku keliru sedikit dengan gelagat ‘si dia’ itu. Siapa lagi, kalau bukan Si Yusuf, yang pernah aku minati dalam diam suatu ketika dulu, yang sudah bergelar suami orang tahun lepas. Jangan bimbang, Yusuf (bukan nama sebenar) insya-Allah tidak akan baca tulisan ini sebab dia bukan spesis yang minat bacaan begini, kecuali baca surat khabar dan berita.

Okey, ceritanya begini. Ditakdirkan baru-baru ini, kami ditugaskan untuk bekerjasama dalam suatu projek khas sempena tahun baru ini. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, aku harus terima dengan seluruh rasa profesional. Kami sudah lama tidak bercakap sejak dia sah jadi suami orang dan aku sendiri kalut dengan macam-macam urusan kerja.

Aku ingat, selesai sesi brainstorming, habislah cerita. Tetapi rupa-rupanya ada lanjutannya pula. Kami sambung berbual hal biasa-biasa seperti hal kerja dan kehidupan masing-masing. Aku bukanlah hendak korek rahsia orang tetapi adatlah sebagai orang media yang kadangkala suka ‘menerjah’, jadi aku pun sengaja bangkitkan soalan mengenai pengalamannya selepas bergelar seorang suami.

Dia diam, lambat sahaja hendak jawab soalan. Selepas itu entah apa dia jawab, aku pun tidak perasan. Yang aku ingat dia kata, “Susahlah nak faham orang perempuan ni. Kadangkala benda kecil pun jadi besar pada dia…”

Wah, apa maksudnya itu? Malas aku hendak bertanya lanjut, nanti tidak fasal-fasal aku kena jadi kaunselor, mendengar masalahnya.

Dan selang sejam selepas itu, dia menyapa aku di ‘Instant Messaging’ mengajak aku keluar makan tengah hari dengannya. Katanya, tidak puas berbual dengan aku selepas mesyuarat. Aku balas, aku ada temu janji dan akan keluar terus untuk laksanakan tugasan. Dia balas lagi, katanya hendak ajak aku keluar sekala-sekala, makan-makan dan sembang-sembang. Aku hanya kata, insya-Allah.

Dan esoknya, sekali lagi dia IM aku, katanya sekadar hendak chat mengisi masa terluang. Mujur aku sedang sibuk menyiapkan rencana, jadi aku minta maaf sebab tidak dapat berbual dengan dia di IM. Sekali lagi, dia bangkitkan hasrat hendak ajak aku keluar makan bersama-samanya.

Aku rasa berpeluh tiba-tiba! Mungkin aku ini ‘perasan’ atau ‘syok sendiri’. Mungkin Yusuf ajak ikhlas sebagai seorang sahabat. Tetapi aku harus akui, aku takut terperangkap, aku takut perasaan aku sendiri berbolak-balik apabila tengok ‘muka sejuk’ dia. Aku tidak mahu jadi episod ‘kasih berputik semula’. Ngeri! Aku ingat juga pesan emak, “Jangan mula sebab kalau sekali termula, susah nak tamatkan!”

Salahkah aku berhati-hati begini? Naluri aku ini kadangkala ‘boleh dipakai juga’.

Lain kali kalau dia ajak aku keluar lagi, apa yang aku hendak jawab pada dia?

Boleh tak sahabat-sahabat SMJ terutamanya yang pernah berdepan dilema ini bagi pandangan?

20 comments:

qenarihitam said...

Entahlah..lelaki pun susah nak faham
Kadang2 tu dia boring
Dia tahu SMJ jer yang boleh layan dia
Boleh dengar cerita dia
Mungkin boleh bagi nasihat kat dia
Tapi hati dia still kat wife dia
Tp kalau SMJ dah cukup tekad
Anggap dia kawan jer
Oklah..tp better jgn kuar ngan dia
Sebab hati perempuan
Mudah tersentuh dan terusik
Takut nanti kita yang sunyi ni
Elok2 dah Ok dan boleh terima keadaan
Jadi serabut pasal hati dah tersentuh dan asik teringat dia
Nanti hati kita jugak yang kecewa
Just bagi advice
Saya pun masih tak pro lagi bab2 cinta ni

kasutmarryjane said...

saya bersetuju dengan comment di atas..hati lelaki ni susah nak diertikan.. kata lain, lain yg dibuatnya..
kalau pun si yusuf tue ada perasaan kt SMJ, baik dilupakan saja..nanti SMJ juga yg merana..
lelaki selalunya keliru dengan keinginan dan kemahuan orang lain yang terpaksa dituruti..
saya ada sorg kawan yang mana pakwe nya kawin dgn perempuan lain disebabkan mak suruh..and seorang kawan yang bercinta dgn laki orang merangkap laki sepupunya sendiri..ditanyakan kpd lelaki itu, katanya cuma ada sygnya terhdp isterinya sbb melahirkan anak2 tuk dia..saya rasa kes si yusuf pun lebih kurang macamni kot..

Risik said...

salam SMJ, bleh berjumpe tp hanya sbg kawan..mgkin die nk minta nasihat dr SMJ,mgkin die tahu SMJ je yg bleh bg tips bagaimana nk ambil dan jaga hati wanita..dlm masa yg sama SMJ perhatikan niat si Yusuf dan kalau bleh berterus terang ngan Yusuf bahawa SMJ kalau bleh x nak jumpe selalu dan berbual lepas waktu kerja takut timbul fitnah antara SMJ dan yUSUF..lg pun YUSUF kan suami org

shafa said...

salam SMJ....pd pendapat sy sebagai seorg perempuan dan sbagai seorg isteri, sy rasa lebih baik jgn kuar berjumpa dgn yusuf.....ini utk mengelakkan fitnah dan pandangan org thadap kita yg kuar berjumpa suami org.kalau blh elakkan....bagi aje sebarang alasan utk elak dari berjumpa dgn nya.takut nti kalau dh jumpa skali akan jumpa utk kali seterusnya...yusuf kan suami org...

Lifesaver said...

hi SMJ.

saya pon berpendapat sama dgn shafa. maybe yusuf dan isteri ada masalah. bila SMJ keluar dgn yusuf, secara kebetulan isteri dia terserempak or else ada orang cerita2..kan tak elok. lebih baik kita mengelak daripada mengubati. dah kena, parah jadinya nnt.

kalo nak keluar, SMJ bawa teman2 sekali. it's ok. nnt takde la khabar2 tak enak yg keluar kan :)

suesueka said...

salam SMJ,
sy xnak komen lebih2[sb bukan pakar pun :D]
tapi beberapa pendapat di atas tu ada benarnya..berpegang saja pada kata2 "mencegah lebih baik dari merawat"..bukan apa, takut nanti bila dah tejebak, parah jadinya.

~*irjune*~ said...

salam SMJ,

mmg peritkan bila kita suka pada org yg bekerja satu bumbung dengan kita. Lagi2 bila kita tau yg sidia tu pun macam ada ati kat kita dan dia tau kita suka kat dia lebih dari seorang kawan.

Saya dah pernah alami semua tu. Suka pada rakan sekerja dan dalam masa yang sama juga kawan baik sendiri.Perit..mmg perit.

apa yang sy boleh nasihat sedikit utk SMJ...SMJ kene kuatkan semangat, setkan minda akan status Yusuf dan cuba buat satu benteng atau gap diantara SMJ dan Yusuf.

Jangan la tak tegur langsung sbb itu lagi menyakitkan hati. Tak salah bertegur sapa dan bertanya khabar tapi elak2 soalan2 yang menjurus kepada soal hati atau soalan yg mungkin memberi ruang utk dia komen mengenai isteri da rumah tangga dia secara negatif. Seeloknya bicara sahaja mengenai isu semasa atau gosip2 yg ada dari terus bertanya khabar mengenai isteri dan rumahtangganya.

Pasal berjumpa tu, kalau boleh kita elak, elakkan aje. Mungkin kita rasa kita dah cukup kuat utk menghadapi semua ni sehingga SMJ rasa tak salah untuk berjumpa berdua. Tapi SMJ kene ingat...walaupun sidia sudah kahwin tapi sifat seorang lelaki yg suka "Test Market" akan tetap berlaku. Jadi semoleknya...elakkan aje melainkan kalau dah terpaksa bertugas bersama. Tapi itupun kene bertugas secara profesional gak.

Lagi satu, kita taknak SMJ yg akan menjadi mangsa keadaan. Takut nama SMJ gak yg tercemar. Walaupun kita ni masih bujang, tapi kita kena lagi tahu menjaga batas2 susila dengan lelaki especially suami org.

Mengenai alasan pulak, tak perlu la SMJ terlalu nak menjaga hati dia. Yang penting hati SMJ kena jaga. Kalau dah tak mampu nak bg alasan2 ayat yg berlapik yg SMJ rasa masih mampu menjaga hati Yusus. Saya cadangkan SMJ guna aje ayat sinis utk dia yg lebih menjurus niat SMJ yg tak nak kuar berdua dengan dia. Contoh ayat, "Bukan tanak lepak makan dgn u tapi nnt kalau jadi kes kuar gosip ke nama i gak yg buruk. u plak nnt elok2 je hidup bahagia dengan wife u. tanak la i jadi mangsa keadaan. Lagi pulak kalau u nak citer pasal masalah u dgn wife u, i bukan boleh tolong pun sbb i ni takde pengalaman pasal masalah suami isteri". atau ayat2 yg sama maksud dengan ayat tu.

Kadang2 kan SMJ, kita kena jadi keji pada org yg keji (anggap je sidia tu keji).

(maaf, ayat panjang pula)

Anonymous said...

dear kak salina , saya rasa baik akak jauhkan diri dari that kind of guy , dia ni saja nak test market lepas jadi suami orang , masa kat rumah abang sayang ayang .. kat luar umah pandai pulak ajak pompuan lain keluar , harap akak dapat fikir ngan baik , sebab ramai betul orang macam ni ...

Anonymous said...

Yusuf tu bukan nak test market ke atau nak mengorat ke gatal ke.. Kadang2 kita tak boleh prejudis dengan lelaki sebabkan dia seorang lelaki.. Sebenarnya bila Yusuf mengeluh macam tu, tandanya dia sayangkan isterinya & dia nak tahu macammana nak memuaskan hati isterinya. Semua kena ingat, dia baru berumahtangga, semestinya dia tengah belajar macammana nak berkongsi hidup dengan seorang insan yang bergelar isteri dan juga wanita.

Dilema Yusuf ialah dia lelaki, egonya tinggi, mesti dia susah nak berkongsi masalah dengan kawan lelakinya juga. Tujuan dia nak berkongsi masalah dgn Kak Sal mungkin sebab dia kenal hati budi Kak Sal & dia rasa tak kekok nak bercerita perkara peribadi dgn Kak Sal. Mungkin dia cuma perlukan pendapat dari seseorang yang berkecuali tentang masalah peribadinya..

Berkenaan tentang perasaan peribadi Kak Sal kepada Yusuf, saya rasa Kak Sal sendiri cukup matang untuk tahu batas2 Kak Sal. Sebabnya rasanya semua tahu bahayanya 'skandal' satu pejabat ni, bukan setakat nama, kerjaya kita pun bakal tergugat.

Nasihat saya, Kak Sal berterus terang sajalah dgn Yusuf supaya masing2 tahu batas masing2.

Anonymous said...

**insaf dah**

salam SMJ, saya pun boleh dikatakan berada dlm situasi yg lebih kurang sama...apa yg bezanya saya dah kawen..dan lelaki tu pun dah kawen...
kalau org yg x pernah alaminya mmg akan menidakkan sebarang pertemuan.
tp bg saya dan SMJ...(saya rasalah,tak tahu apa yg SMJ rasa)
saya benar2 tak boleh menidakkan pertemuan...kalaupun x kerap kami pasti akan bertemu juga sekali dlm 3 - 4 bln.ntahla..nak kata saya masih sygkan dia tu tak...tp rasa suka masih ada lagi..sekadar rasa suka nak berbual2 mcm dlu kan..

xper la SMJ.bagi saya kalau kita masinga2 boleh tahan nafsu, masih boleh kalau sekadar nak keluar mkn2jer..tp kalau boleh tu jgn sampai *terperangkap*...

shafa said...

salam SMJ....better jgn jumpa....sbb saya tk suka kalau suami saya jumpa perempuan lain di luar...melainkan kalau saya ikut sekali....

Anonymous said...

Askm nasihat akak to nu LUPE kan aje niat jumpe ataupn IM dgn suami org. Setan antara kamu berdua. Berlaku pd akak....suami rapat dgn isteri org sepejabat dan isteri dirumah digodam diherdik macam anjing. U pilih pahala ke bala di akhirat. prp2 mcm u la yg jd perosak rumahtga org lain. Maaf yer

Hati Riang said...

kalau boleh jgn la keluar ke, cakap direct ke, cakap via phone ke sebab akan merebak macam penyakit barah le Cik SMJ. abaikan aje. tolak baik baik. dan jangan layan langsung segala panggilannya. kalau boleh lagi, Cik SMJ cari teman lelaki baru yang lebih "sejuk" dipandang dari si Yusuf tu. Insyaallah, Cik SMJ pasti akan dapat yang lebih baik dari Yusuf.

ta'a said...

Dear SMJ,

As a friend, sy nasihatkan jgn memulakan sbb nnti sukar utk mengakhiri..cuba mencr alasan or jgn dilayan sgt panggilan yusuf..InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik..tolak baik2 dan abaikan saja..anyway sy suka bc blog SMJ, blog nie menjd pemangkin utk sy..nice knowing u

ader aku kesah..!!! said...

Hi SMJ...i baru start follow ur blog..about u & yusof, so sweet...tp better hati2..laki ni pandai berlakon sgt2..kita org pompuan plak lembut ati..takut nanti kita yg frust menonggeng dia relax ajerr...apa2 pun ikut kata ati..hehehe..sometime mmg kati ati boleh dipakai...take care ya..salam perkenalan..

zedmagel said...

Salam SMJ,

Sebagai lelaki, saya melihat ajakan Mr Y tu ikhlas sahaja, melainkan jika ada perasaan cinta SMJ padanya lagi. He..he. tak tau lah. Lain kali dia ajak pegi aje.

Ms Ann said...

Salam SMJ,

Sy sedang mgalami situasi ini..sebln dah berlalu kisah cinta sy dgn suami org. SMJ jgn la percaya pd Mr Y coz apa yg dia perlukan hny teman utk berbicara tp hatinya hny pd isterinya. Mcm tu la yg blaku thdp sy..suami org ni asyik mghubungi sy, perlukan, memujuk merayu tp stlah isterinya mgetahui suaminya ada sy..suami org ni td trus meninggalkn sy. Pujuk rayu, slalu mghububgi sy abis mcm tu sj. Sbb sy sbg tpt utk dia mlpskan bosannya. Akhirnya sy juga dpersalahkn kononnya mganggu suami org.

SMJ...elakkan la dr bertemu dgn nya kecuali smj sudah tidak mpunyai prsn pdny.

rgds.

Anonymous said...

bengong la ko ni.... dia tu laki org ngok....

sue said...

better u jgn kuar la dgn si yusuf tu.....sbb saya pun wife so saya fhm perasaan isteri kalu laki die wat g2...saye setuju dgn pendapat diatas....u anak dara n ada rupe x pyh la menagih kasih die lg even just a friend....ckp psl hati ni pyh.baik elak sebelum kna ye .....

ija said...

salam SMJ..
saya br jer dapat tau mengenai blog ni melalui AKW.. pg tdi... nice blog... sy pun pernah mengalami masalah yg sama... lbh2 lg... pihak lelaki berkenaan adalah bekas teman lelaki saya suatu masa dulu...

mmg ssh nak elak drpd org mcm ni.. tambahan pulak.. sy bkn jenis org yg terang-terangan bleh menolak... hati mmg berkata tak nak berjumpa.. tapi.. mulut.. mmg tak boleh berkata tidak..

sy tak pandai sgt nak advice org.. cuma.. sy cuma bleh bg pendapt je la.. bg saya.. jika lain kali diajak berbual.. smada melalui telefon atau chatting.. tak der masalah bg saya..

tapi.. jika topiknya berbaur perasaan... perlulah dihentikan dgn serta merta... tak salah jika dia hendak bertanya pendapat...

tapi.. jika diajak keluar... bawakla teman... dan katakan pada yusuf... maaf.. sya perla bawak teman.. tak manis dipandang org...

anyway...congrats 4 ur blog... keep it up...