Friday, January 1, 2010

selamat datang 2010

SELAMAT tahun baru 2010. Secara teknikalnya, bertambah setahun lagi umur! Tetapi tidak mengapalah, umur sekadar angka. Apa azam tahun baru? Rasa-rasanya lebih baik baharui azam tahun lepas sahaja!

Apa yang aku hendak kongsi dengan kawan-kawan SMJ pada hari pertama tahun baru 2010 ini? Sejujurnya, sejak jadi blogger, aku sudah ada ramai ‘sahabat’. Walaupun sekadar sahabat maya, tetapi rasa seronok dan amat hargai ‘persahabatan’ maya kami. Aku teringat kata-kata seorang ahli hikmah, “1,000 sahabat itu belum memadai, tetapi seorang musuh sudah cukup banyak!”

Apatah lagi sejak SMJ dijadikan satu segmen di AKW, sahabat aku jadi bertambah ramai. Sejak dahulu sampai sekarang, aku sesungguhnya hairan mengapa SMJ yang jadi pilihan AKW? Banyak lagi blog yang lebih menarik berbanding SMJ yang sangat-sangat amatur ini. Atau adakah sebab AKW belum terjumpa dengan blog lain yang lebih bagus daripada ini?

Aku pernah juga mengirimkan e-mel pada Zamzarina, bertanya hal ini, “Apa istimewanya SMJ?” Balasnya, “Itulah rezeki.” (Tetapi aku hendak tegaskan juga, aku tidak dapat apa-apa honorarium pun apabila SMJ disegmenkan di AKW.) Tetapi aku faham konsep rezeki; dapat sahabat ramai pun itu tandanya murah rezeki!

Cuma Zam ada sebut, catatan aku ini seronok untuk didramakan, walaupun sekadar catatan biasa seorang wanita kerjaya yang kadangkala kesepian, kadangkala stres, kadangkala riang, kadangkala sedih. Macam-macam ada, itu pandangan peribadinya walaupun katanya, dia pernah terima e-mel daripada penonton yang memberikan komen bahawa SMJ tidak lebih sekadar blog yang mencatatkan hal remeh-temeh sahaja.

Okey, aku hormati pandangan peribadinya. Pandangan sesiapa pun aku akan terima dengan rasa penuh terbuka.

Blog ini pun blog peribadi, jadi aku pun tidaklah berhajat untuk tulis perkara serius-serius. Hidup inikan drama? Apa yang dipaparkan di Drama Minggu Ini atau Cerekarama, semuanya diubah suai daripada hal remeh-temeh yang dilalui manusia setiap hari...

Betul tak?

Apa pun selamat bercuti sempena tahun baru 2010. Semoga 2010 bawa cahaya gemilang untuk kita 1Malaysia! Jaga diri baik-baik.

10 comments:

hasni Jamali said...

salam tahun baru kak Salina atau SMJ... :) tahniah, sudah ada ruang komersial di sini.

sahabat paling indah untuk dipunya. Namun, yang benar-benar bergelar sahabat paling payah untuk dimiliki. Hanya yang bertuah sahaja berjaya memiliki. :)

Moga tahun baru ini, SMJ terus dan terus menebarkan bau harumnya, bersama merah jambu corak perjalanan kisahnya. ya...

sekian, dari hasni. Moga SMJ terus maju, :)

Azie Ziedazzle said...

salam kak sally..
biar la diorang komen kak sally, kita blogger ni mcm buat drama kat tv jgk, nak follow, followla.. klu tak minat, tukar la channel lain hehe..

Selamat tahun baru 2010!

CatlinaFly said...

salam SMJ @ sally, dpt tau pasal blog ni dari apa kata wanita,selamat tahun baru dari kami sekeluarga!

shafa said...

selamat thn baru SMJ...semoga thn ini lebih baik dr thn2 yg lepas....

Anonymous said...

hi SMJ.

saya pon suka baca blog SMJ. byk lagi blog lain tapi saya rasa betul kata kak zam, blog ini menarik utk didramakan. moga SMJ lebih ceria dan lebih success. happy new year!

said...

Manusia sering berbicara....
berbicara kisah suka dan duka...
biarkan 2oo9 melabuhkan tirainya...
agar 2o1o menyinarkan bahagia...

(^_^) salam kenal dari Cik Yanie Gebu....

Unknown said...

Tahun 2010 semoga kita wanita dapat menempuhinya dgn cara yg tersendiri, Hanya kita yg dpt memahami.

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam,

"kunjungan ...."

Miss Ceria said...

Saya optimis dengan tahun 2010. Semoga kita semua mendapat sinar baru dalam tahun ini inshaallah... :)

Anonymous said...

yup...mmg la hidup kita ni mcm sebuah drama..kita adalah pelakon di atas PENTAS DUNIA ini..dan PENGARaH nya DIA..dan kalo kita x ikut kata PENGARAH,..ke laut la kita..hurm..
Selagi bernama manusia..mereka xkan bhenti utk berckp..so..yg mana elok jadikan teladan..yg ntah apa2 tu..jgn di layan...cari kawan yg taw apprexiate kita..bukan yg tau kondem je..setuju?