Tuesday, December 29, 2009

tahun baru: rai di mana?

KAWAN-KAWAN sibuk merancang sambutan tahun baru 2010. Tahun baru dua tiga hari lagi, tetapi mereka semua sudah sibuk merancang itu ini. Hendak tengok bunga apilah, hendak tengok konsertlah. Segala!

“Malam tahun baru di KL kan meriah. Jomlah kita tambah kemeriahan KL ni,” begitu lebih kurang mereka ‘menggoda’ aku, mengecek aku untuk ikut serta.

Maaflah ya, aku susah sedikit hendak ‘tergoda’ dengan pujukan begitu.

Sudah hampir 10 tahun aku tinggal di Kuala Lumpur, tetapi sungguh aku tidak pernah ikut berembun sampai pagi buta semata-mata untuk menunggu kiraan detik 12 tengah malam. Apatah lagi hendak bersama-sama memeriahkan sambutan tahun baru dengan melihat konsert di tempat terbuka atau mana-mana kelab hiburan.

Aku bukanlah anti hiburan atau anti sosial. Aku bukanlah tidak suka keluar dengan kawan-kawan tetapi bukan ke tempat-tempat begitu. Bukanlah alim sangat pun! Cuma rasa tidak selesa ke lokasi-lokasi begitu. Walaupun bekerja dalam dunia media, aku kadangkala masuk juga ke pusat hiburan, kelab atau segala yang seumpama dengannya, tetapi setakat itu sahajalah untuk mendapatkan berita. dan jalankan tugas.

Untuk peribadi, lebih baiklah aku ke tempat yang lebih tenang dan menyejukkan hati. Atau duduk-duduk sahaja di rumah, mengulit buku (dan novel; ini bacaan kegemaran baru aku!) atau sekadar membaca di internet.

Kepada kawan-kawan yang berhajat hendak berembun malam 31 Disember nanti, pergilah. Cuma jaga diri baik-baik. Aku teringat, ketika mula-mula bekerja dahulu aku pernah ditugaskan untuk wawancara seorang remaja di sebuah rumah perlindungan gadis. Kasihannya kisah budak perempuan ini, dia ‘rosak’ pada malam 31 Disember.

Katanya, dia teruja sangat hendak tengok sambutan tahun baru, sebab sebelum ini hanya tonton di televisyen sahaja. Jadi, dia pun ikut beberapa orang kawannya datang ke Kuala Lumpur (dia tinggal di Hulu Langat). Seronok sangat dapat kawan baru lelaki dan perempuan, akhirnya dia ‘dihimpit’ budak-budak lelaki mat motor yang galak mencari mangsa. Maka terjadilah peristiwa hitam itu dan sudah-sudahnya dia terlantar di rumah perlindungan gadis.

(Apa khabar adik itu sekarang? Aku tidak pernah temuinya lagi selepas aku wawancara dia untuk majalah aku.)

Moral cerita, bergembiralah tetapi berpada-pada (walaupun aku tahu kawan-kawan aku pandai jaga diri). Peringatan ini untuk aku dan sesiapa saja yang sudi terima.

Apa pun aku bangga jadi orang Malaysia!

8 comments:

Normah said...

Saya setuju seratus persen. Pendirian beginilah yang akan menyelamatkan maruah diri.

Anonymous said...

saya pon tak suka pergi tempat2 begitu. cukuplah duduk di beranda dan tgk bunga api dari situ bersama org tersayang. ok jgk tu

I'm Seri said...

Salams Kak Ngah.

(Saya pilih panggilan Kak Ngah.)

Like yr writing sis

Anonymous said...

sy pn x suka, mlm thn baru msti sesak giler..bt apa nk bahaya kan diri..kt tv pn leh tgk kn..mlm ni sy pilih tuk dok umah jer,beli sate n cheese kek,dok depan tv ngn kwn2..

Anonymous said...

kenapa mesti teruja sgt dengan sambutan tahun baru. kan lagi bagus sambut Maal Hijrah. apa2 pun..like ur writing..

Azie Ziedazzle said...

Btul..betul..betul.. dah la jem teruk, tak campur dengan mat2 rempitnye lagi tu!

kucingbacakitab said...

X join new year bkan ertinya anti sosial dan segala... Tp lupakah kita itu smua budaya sosial yg jauh menyimpang dgn Islam.. Kita hya tahu hiburan dan berseronok... Hidup ni cuma nak seronokkan diri sendiri, tp pernahkah kita 'seronokkan' Tuhan. Malam maal hijrah jln kt kl tu jam x? X da bt doa akhir dan awal tahun kt padang dataran merdeka pun.. Masjid2 x sesak pun.. Tp bila new MASIHI@CHRIST year smua suka.. Smpaikan tanduk setan pun dipakainya atas kepala. MakCik2 pun join, patutlah anak muda lg sronok... Tah maghrib dan isyak bilanya dibuat? Subuh pun tah lena lagi... Insaf2lah....hmmm..

Anonymous said...

takde beza malam new year dgn malam2 yg lain.. org kita je yg beria-ia benor dgn benda2 ni semua. tak pahammm...