Wednesday, December 9, 2009

cari mangkin!


HUJUNG tahun, aku rancang untuk bercuti. Tetapi nampaknya, aku telan air liur sahajalah. Dengan keadaan kerja yang tidak pernah surut-surut, jangan berangan-angan hendak bercuti, Salina! Kadangkala tertekan juga dengan suasana di pejabat. Terasa kebelakangan ini, seperti ada suatu yang kurang sedap.

Apa ya? Agaknya sebab aku tidak ada sumber inspirasi atau kata anak remaja, tidak ada mangkin. Siapa yang hendak jadi ‘mangkin’ yang boleh naikkan semangat aku? Adalah kawan-kawan baik di pejabat yang tunjukkan aku orang itu, orang ini (kalangan rakan pejabat jugalah!) yang kata mereka, sesuai untuk dijadikan ‘mangkin’.

Kata aku, itu bukan mangkin, itu mangsa, tidak pun ‘mangkuk’! Heheh. Banyak sungguh idea betul kawan-kawan aku. Ada-ada saja cara mereka untuk ceriakan hidup aku. Kawan-kawan sahajalah dunia aku sekarang, selain keluarga (emak dan adik-beradik yang aku sayangi).

Ramai kawan tidak rugi, mereka akan jadi penyelamat, pendorong dan penghibur. Ibarat kata bidalan Melayu, “kerana sabut tebal, tempurung pun jadi kebal”, maksudnya kalau ramai handai taulan, hidup selamat.

Tetapi sesekali fikir, betul juga. Kita perlukan sesuatu yang baru untuk menceriakan hidup. Kalau aku muhasabah diri sendiri, enam bulan lepas aku mulakan blog ini untuk ceriakan hidup aku. Mungkin sudah masanya, aku fikirkan sesuatu yang baru lagi untuk tambah rempah enaknya hidup ini.

Cari mangkin baru? Isy, tidak ada calon yang sesuailah!

18 comments:

kenyalang said...

Betul tu you kena cari mangkin. Baru ada semangat nak pergi kerja. Bila kat tempat kerja tengok ja muka dia terus ada semangat nak buat kerja. X kisah la sapa-sapa pun. Juz penaik semangat ja

hannahsarah said...

Betul tu...hanya pemangkin untuk menaikkan semangat bekerja. Sesorang yg kita suka atas beberapa sebab boleh menjadi pemangkin kita

deqmah said...

Betul tu.. Seseorang yang boleh membuatkan kita bila bangun pagi nak pergi kerja terus bersemangat

Lifesaver said...

kawan2 sebagai mangkin???para follower blog SMJ pon leh dianggap sebagai pemangkin kan?

Rosnah said...

Akum, pada akak, kawan,keluarga dan pak we atau husband mungkin boleh menjadi mangkin kepada kita.Tapi sejauhmana kita patut bersandar kepada orang. Pada akak diri sendiri boleh menjadi mangkin yang sebenar. Sally sekarang sebenarnya dlm keadaan yg stabil cuma merasakan diri bosan sebab membayangkan kehidupan orang. Sebenarnya orang yang ada mangkin pun hidupnya macam salina juga tetap ada situasi bosan dan tak semangat. Ok? tq.

shafa said...

cari secret admirer....baru ada pemangkin....

SatuJutaIdea said...

Adakalanya sumber inspirasi yg paling kuat utk diri kita adalah drpd keluarga - ibu bapa, suami/isteri, anak2, teman istimewa, kwn baik, dsbnya.

Anonymous said...

fikirkan yang positive aja. jangan banyak risau yang bukan bukan yang membuat kita murung dan lemah. hargai masa dengan aktiviti yang ceria bersama keluarga atau kawan. terokai alam semulajadi yang indah yang berdekatan sambil menghirup udara segar akan meredakan tekanan kerja.

nana said...

ermm...blog ni taklah best sangat pun...isi kurang. hambar.. bosan. Hanya dapat dilihat seorang wanita yang masih single dalam alamnya sendiri. Wanita yang rasa workaholic dan kesunyian...selalu menulis blog begini. Mungkin ayat2nya tersusun oleh kerana faktor umur?.
Masih tak paham kenapa blog ni diangkat dan diletak sebagai satu slot dalam apa kata wanita RTM1? adakah salina skaf merah jambu itu zamzarina atau kawan zamzarina?? hanya nakkan populariti saja. Bagi saya.. banyak lagi blogger yang bagus2..cuma zamzarina tak nampak atau belum terjumpa. Itu aja ikhlas dari hati saya.
Maaf kalau ada yang terasa.
Penulis blog perlu giat menulis.. rasanya on ff onn off..

Anonymous said...

satu hasil / percubaan yg baik untuk zamzarina mahupun salina/skaf merah jambu. saya cadangkan topic ' sentiasa suka merendahkan usaha org lain ' diketengahkan oleh zamzarina atau salina. contoh; nana di atas - komen yg merendahkan percubaan org lain untuk maju.. typical malaysian culture..

MIERA said...

saya tak menyebelahi mana mana pihak..tapi setiap orang ada komen tersendiri, apapun yang kita buat semestinya ada saja yang TAK senang dihati orang lain...MELAYU sememangnya begitu..macammana bangsa sendiri nak maju..cuba kita renungkan jauh jauh lihat bangsa cina contohnya kalau buka sesuatu perniagaan bangsa itu sendiri juga lah yang bangun sama sekali membantu..maca macam cara yang diorang buat..tapi cuba pula lihat bangsa kita ada sahaja dengki sana dengki cini..ermmmm...apapun komen saya bab mangkin mesti ada sebab sebagai penaik semangat....teruskan buat apa yang terbaik!!!

Anonymous said...

saya sama sekali tidak menyokong pendapat 'nana'...mungkin juga 'beliau' cemburu dgn salina...saya rasa 'beliau' patut pergi kemana-mana tempat yg menawarkan perkhimatan -belajar utuk menghormati orang lain- dan saya dgn berbesar hatinya sanggup untuk membiayai 'beliau'...
pada pendapat sayalah, blog ini sangat menarik walaupun ini kali pertama saya membaca blog ini...da n saya terlalu excited untuk membace kisah yang seterusnya...teruskan usaha ya kak sally!!!ganbatte ne!!!sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan.. =P

nana again! said...

Terima kasih kerana menegur. Yang tidak pasti wajar diterangkan. Kebebasan menulis itu yang pasti. Itu namanya 'komen'..saya rasa tidak salah saya memberi pendapat ya..Sesekali berlawanan arus bagus juga. boleh jadi'mangkin' untuk terus maju apa?. Setiap org pandangan berlainan. Jika tidak katakan tidak. Itu ja. Tak sampai la pulak nak cari gaduh or jeles.
Apapun teruskan usaha dan sahutlah cabaran saya utk penulis lebih giat lagi untuk menulis artikel.
Abaikan pertanyaan saya andaikata mengguris hati mana2 pihak.(emosi bagi pihak) hehe..
Pertanyaan yang telus. tak salah rasanya.
Apapun saya masih melayari blog ini.. bukankan ia masih membuat penulis blog tersenyum..?
sekian.

Anonymous said...

teguran tu bagus tetapi perlu di'lapik' dgn ayat ayat yg bersesuaian.. pastinye kita tidak suka bila org straight forward je sound kita.. tipu lah kalau sebagai manusia kita katakan yg kita ni open minded - tak kisah apa org kata, hakikatnya.. tetap akan terfikir-fikir..

kita perlu bersikap lebih dewasa, lebih matang & lebih bersopan. jika tidak suka, tak perlu baca atau layari blog ini. kan lebih manis begitu dibandingkan dgn mengutuk secara tak langsung? so-called-tanpa niat)

Anonymous said...

Salina. I tau kenapa u tak kawin kawin!

You takut komitment kan!

Alahai... dalam dunia ni kita kena tolak ansur. Ada perkara yg kita dapat dan ada yg kita tak dapat.

Tapi kalau u kawin, baru u tahu betapa seronoknya hidup berumahtangga, sebelum anak pertama u lahir... esp semasa berbulan madu (awas, jangan bagi mak-mak, pak-pak mertua ikut sekali, syioh shioh!)

Kalau nak tahu lebih lanjut baca le cerita ceriti I di dorum apakatawanita.

Salam dari kaum lelaki (eek eleh..)!
Badrul Shah

audralailiey said...

Salam...SMJ...

Salam Ma'al Hijrah ....Saya baru dalam alam ni namun saya akan cube memberikan sedaya upaya saya dalam memberikan yg terbaik dalam bolg awk ni k...

Pemangkin?..
SMJ awk perluh lebih bersemangat agi dalam mengharungi semua ni dgn lebih tabah lagi....SMj kena la byk berdoa kepada yg maha esa kerana hanya dia sahaja yg dapat memberikan kita satu PEMANGKIN yg x di jangka2 adanya....dan saya doakan SMJ ni akan dapat PEMANGKIN dari yg maha esa dan dapt dipertemukan oleh yg maha esa k....

salam Audra...

izarini said...

salam....

kpd kak sally...
smemangnya pemangkin perlu dlm apa jua keadaan. terutamanya apabila kita melakukan sesuatu kerja yg sama secara berteruosan. mula bosan, letih, hilang mood hadir serentak. mencari 'seseorang' menjadi pemangkin satu cara yg biasa dilakukan. apa kata, cik sally cuba beralih kpd aktiviti yg jauh dr kerjaya cik sally. cthnya aktifkan minat selain menulis. atau menceburkan diri aktiviti kemasyarakatan spt knk2 oku, anak yatim, knk-knk hiv, apa2 jua bentuk sukarelawan. percayalah memberi tu menjadi satu kepuasan kpd diri. walau tiada blsn fizikal yg diterima, tapi hati kita terisi dan dpt meningktkn lagi kualiti hidup kita. cuba tanya hati. apa kata hati.
sekian.....

eilawati said...

pada nana..sy setuju apa yang anon cakap..teguran biarlah berlapik..bukan dengan cara menyakitkan hati..kalau nana tak suka teguran yang kasar pada nana,jgn tegur orang dengan cara yang kasar juga...belajar cara menulis atau bercakap dengan ayat yang berlapik.di situlah letaknya manisnya "melayu"