Wednesday, December 16, 2009

penilaian prestasi

Disember sibuk dengan penilaian prestasi. Tidak kurang sibuk juga dengan perancangan prestasi untuk tahun hadapan. Rasa-rasanya sepanjang tahun 2009, aku sudah lakukan yang terbaik dalam kerjaya, walaupun ada ketikanya aku dilanda kemelut peribadi yang sedikit banyak agak menjejaskan tumpuan pada kerja.

(Kemelut peribadi? Oh, yang itu tidak usah dikenang-kenang. Sudah tutup buku, okey!)

Penilaian prestasi tahun ini, alhamdulillah, 80 peratus pencapaian aku seperti yang aku jangka. Orang kata aku ini perfectionist tetapi rasa-rasanya tidaklah begitu. Aku selalu impikan yang terbaik untuk diri sendiri. Salahkah?

Mungkin ukuran ‘terbaik’ itu yang tidak sama antara aku dengan orang lain. Yalah, kadangkala terasa juga bahawa aku ini memberikan tekanan kepada diri sendiri. Tetapi apabila aku fikir-fikirkan semula secara rasional, tidak salah rasanya kalau letakkan penanda aras yang agak tinggi kepada diri sendiri. Itu tandanya aku mencabar diri sendiri untuk menjadi yang terbaik.

Allah beri kita akal dan kudrat, maka tentulah tidak salah kalau kita memaksimumkannya. Kalau akal kreatif, keadaan buruk pun boleh berubah baik seperti kata pepatah, “kalau pandai menggulai, badar pun jadi tenggiri.”

Ukuran untuk perancangan prestasi tahun hadapan? Insya-Allah, aku akan kekalkan momentum sekarang. Itu janji aku pada diri sendiri. Mungkin ada beberapa perkara boleh aku perbaiki, termasuk komunikasi dengan Lady Boss yang tidak begitu cemerlang! Boleh, bos? Hehehe...

(Nasib baik bukan Lady Boss yang buat penilaian prestasi aku, kalau tidak, habis aku!)

Ya Allah, ya Tuhanku, mudah-mudahan segala perancangan akan berjalan sempurna. Berikanlah kemudahan dan kelancaran yang sama pada kami semua, termasuk semua sahabat maya SMJ. Amin.

13 comments:

Lifesaver said...

what u give, u get back...kan SMJ??hehe. all d best!

shafa said...

salam SMJ....sy tertarik dgn bait2 terakhir yg menyatakan:
"Ya Allah, ya Tuhanku, mudah-mudahan segala perancangan akan berjalan sempurna. Berikanlah kemudahan dan kelancaran yang sama pada kami semua, termasuk semua sahabat maya SMJ. Amin"...
terima kasih diucapkan krn sama2 mendoakan utk sahabat2 maya ini....sy juga mendoakan yg terbaik utk SMJ dan sahabat2 yg lain...Amin...

Anonymous said...

hye sally...suke bc blog nie...ta'a pun br bwat blog tuk bisnes on9..kalu rajin follow la blog ta'a eaaa...http://beautifultaa.blogspot.com...nice knowing u my dear ;) keep in touch ya!

Rosnah said...

selagi kita bekerja dgn ikhlas kita adalah pekerja yg paling cemerlang. akak suka cara sally.. perfectionist. mungkin kita ada persamaan. akak pernahlah jawab soal selidik dan rumusan yg di perolehi akak seorang yang theorist- mengikut teori holland la.. anyway wanita berjaya selalunya berpersonality begitu... hi.hi..

mamahanabutik said...

salam perkenalan buat SMJ dan rakan-rakan.

suka ikuti blog SMJ..membaca luahan dan pengalaman..pengalaman adalah guru yang terbaik.

email me - hana30802@yahoo.com :
Designer handbags, sunglasses and watches for a great bargain!! Coach, Liz Claiborne, Nine West, Etienne Aigner, etc.. Special Order is also accepted!

http://mamacakescollection.blogspot.com/

Salina said...

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua sahabat SMJ. Semoga kita diberkati Tuhan, murah rezeki dan ceria-ceria selalu. Amin.

-nurul fakhriah- said...

tlg follow blog sy,akak salina yer.. www.nnurulfakhriah.blogspot.com

Anonymous said...

Last mth dah siapkan penilaian prestasi. Thn ni mencabar tul. Dgn ketiadaan AVP n VP ( both dah resign), kami satu unit dapat bereskan keje2 dgn tahap yg baik. Tunggu n lihat je bonus n increment yg bakal dapat.

ziedazzle said...

Boss akak tu personalitinya Api kut, so kita kenala jadi Air, nanti lama2 lembutla dia hehe.

Janji kita beri yg terbaik pada tugasan kita. Gaji kita pun akan jadi berkat.

izarini said...

hidup kita memang sentiasa perlu merancang. merancang lagi, tak puas hati, rancang lagi. ketentuan adalah dr Yang Maha Kuasa. tugas kita adalah cari teknik2 usaha dan terus usaha laksanakan mengikut perancangan. disudahi dengan doa dan tawakal serta redha setelah habis kemampuan. tak perlu sesal dan kecewa dgn sesuatu diluar jangkaan. mungkin itu satu tanda aras usaha kita akan berhasil melebihi apa yang di rancang. tak skrg tp dlm masa terdekat.
salam maalhijrah slm perjuangan slm menempuh hari2 yang indah utk cik sally dan sahabat2 sekalian...

Muhamad Arif Bin Zaripin said...

salam ziarah...semoga anda teruskna usaha untuk mempertingkatkan diri secara istiqamah...

ila@cantekmama said...

salam ziarah & kenalan salina,
1st time masuk blog nie psl pg td tgk AKW..
papepon selamt maju jaya eh..sy dah lepas seme mende nie sbb skrg keje sendiri di rumah..Tp lg payah sebenarnya sbb kena bg 100%,kalo malas nanti sendiri xde gaji pulak kan :)

CCC said...

salam...saya baru berjinak-jinak dgn blog ne...apapun syabas dan tahniah SMJ kerana isu-isu yang diutarakan sangat menarik...