Monday, March 22, 2010

30 Tahun Sudah!


Pagi Sabtu lepas. Selamat hari jadi ke-30 untuk diri sendiri. Aku sedang buat kerja ketika tiba-tiba kawan-kawanku muncul menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dengan sebuah kek. Alahai, kawan-kawanku! Terharu sungguh aku dibuatnya, rasa mahu menitik air mata. Patutlah semalam, kawan-kawanku bertanya aku bekerja atau tidak hari ini; rupa-rupanya mereka hendak buat kejutan untuk aku!

Ucapan kawan-kawan menyentuh hati aku. “Selamat panjang umur, selamat berjaya dunia akhirat, moga cepat dapat jodoh” – aku aminkan dalam hati. Moga doa kawan-kawan jadi sumber kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan. Dan ucapan yang sama juga aku tujukan, aku doakan untuk mereka yang menyambut hari jadi pada tarikh yang sama dengan aku.

Usia 30 bagi wanita adalah usia matang. Itu yang selalu aku dengar. Kalau lelaki mencapai usia kematangan pada usia 40 (jangan marah ya, lelaki!) tetapi wanita pada usia 30-an. Aku harap usia ini akan memberikan nilai tambah pada usaha aku, untuk menjadi wanita yang lebih baik dari segi mental dan fizikal.

Sekali fikir, memang terasa aku ketinggalan beberapa perkara dalam umur yang sudah menjangkau 30 tahun ini. Emak aku dulu, usia 30 tahun sudah hampir cukup empat orang anaknya. Tetapi aku ini, usia sudah 30 tahun, calon suami pun belum ada. Tetapi tidak mengapa, seperti yang selalu aku ingatkan diri sendiri; kita tidak akan dapat semuanya sekali gus. Semuanya ada hikmah tersendiri yang kita tidak tahu.

Ya Allah, terima kasih kerana beri kesempatan pada aku untuk bernafas lagi, terima kasih kerana berikan aku kesihatan yang baik, terima kasih atas segala-galanya. Aku hanya mahu usia yang diberkati!

11 comments:

~*irjune*~ said...

Sally...
Selamat panjang umur dan sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

Cik Salina,selamat hari lahir. semoga hari-hari mendatang menjadikan anda lebih ceria dan tercapai segala yang diidamkan :)

Chit Ana said...

selamat hari lahir.moga tercapai segala impian ;)

Lifesaver said...

selamat hari lahir..dah terlambat..sorry ;P

moga dipnjgkan umur & murah rezeki..

Nini said...

Hi Sali, selamat ulang tahun pada u. Kita sama umur rupanye, selamat menjangkau usia yang ke 30-sen (cara orang singapura bercakap, haha). Good luck to U!

Normah said...

happy belated birthday.... usahakanlah, moga cepat temu jodoh. memang dah cukup matang dan sesuai sangatlah berumah tangga. usaha yang paling mudah ialah doa kerana Allah dah kata mintalah padaNYA, akan diperkenankan.

Khalid said...

Heppy Besday Sali... Better late than never...:-)

BTW, moga dicepatkan jodoh.. Banyakkan doa kepadaNya... InshaAllah..

Gina said...

what a coincident, u just older 2 days than me!

Kasih said...

salam..selamat hari lahir kak sali, sori belated ckit hehe, akhirnya sy dpt jg jd follower blog skaf merah jambu..semoga akak sentiasa diberkati,dimurahkan rezeki.. =) keep in touch ya..

audralailiey said...

Salam...

Salam...sally..

harapa awk tabah menimpuhi ranjau hidup ini dgn baik k...jgn fikir sangat dgn jodoh ...insya allah allah tgah mengatur sstu yg baik untuk awk amin...bykkan berdoa dgn allah dan hajat byk k....amin...

kurung manis said...

ermm mungkin ucapan saya nie terlalu lewat kerana saya baru saja berkesempatan mengikuti blog smj.
Apa2 pun tahniah. jangan dirisau kan usia yang semakin bertambah walaupun sudah berusia. Yang penting anda berpuas hati dan gembira selalu dengan hari2 anda.