Friday, March 19, 2010

Protege


Kerja tidak habis-habis. Teringat kata-kata dalam iklan di radio, “Selagi belum tutup mata; kerja, kerja, kerja!” Alhamdulillah, aku masih kuat semangat untuk bekerja. Sementelahan tugas pun semakin bertambah, jadi memang tidak sempat untuk duduk-duduk sahaja. Cuma kadangkala apabila sudah terlalu stres dengan kerja, blog SMJ inilah penawarnya.

Baru-baru ini suatu sistem baru diperkenalkan oleh jabatan – ala-ala sistem mentor-protege. Pekerja senior akan bertindak sebagai buddy kepada orang baru. Tujuannya sebagai pemudah cara, untuk beri tunjuk ajar, bimbingan, apa sahaja yang patut dan wajar kepada orang baru. Alahai, idea siapalah sistem ini? Sebenarnya aku sudah dengar lama sudah mengenai sistem ini, hanya tidak dilaksanakan. Baru sekarang hendak dikuatkuasakan.

Tidak kisahlah. Sekadar berkongsi idea, pengalaman, sedikit sebanyak tunjuk ajar dengan orang baru, bukanlah masalah besar. Jaga-jagalah siapa yang jadi mentee aku itu. Aku ini garang sedikit, cengil kata adik-adik. Tanyalah adik-adik aku, dulu-dulu masa zaman sekolah, telinga mereka memang pijar selalu kena tarik. Maklumlah anak perempuan sulung, aku memang lebih garang daripada along aku.

Berdebar-debar jugalah menunggu siapalah yang bakal jadi protege aku. Kawan-kawan asyik tergelak dan mengutuk, “Bukan main, ala-ala program mencari bintang dalam program realiti televisyen.” Ada-ada saja kawan-kawan aku ini. “Kau nak jadi macam siapa, Sali? Mas Idayu?” Usik mereka. Hahahah, tergelak aku dengar kata-kata mereka.

Hendak tahu siapa protege aku? Alahai, budak lelaki berhingus yang hendak jadikan aku sebagai sumber inspirasinya tempoh hari. Tersengih-sengih dia datang bertemu dengan aku untuk ‘sesi taaruf’. Layan sajalah, sudah tanggungjawab.

Sempat aku beri sedikit peringatan padanya, “Saya profesional dan saya mahu awak pun begitu. Kalau saya tegur apa-apa, bukan sebab nak menjatuhkan tetapi untuk kebaikan awak. Boleh terima?”

Dan dia dengan muka selambanya membalas, “Saya sedia dan sanggup. Buatlah apa saja, Cik Sali, saya memang perlukan bimbingan!”

Amboi! Terasa seperti ada makna berganda tetapi aku malas hendak fikir lain. Aku ingatkan diri sendiri; tanggungjawab, ini tanggungjawab!

5 comments:

Anonymous said...

bagus juga ada program macam tu...kalo ada masalah, boleh rujuk kat mentor...hehehe..good luck!

Cik Azz said...

hahaha.... mentor utk kerja takpe la kott... jgn lak smpai protege tu syok kat mentor sudah la ya... hehehe...

Budak lelaki berhingus pun still lelaki Cik Sali uuiiii.... hikk3...

Normah said...

umur nabi dengan siti khadijah kan jauh beza jugak....kalau dah memang dia suka ....layaan je la sali. he he.

Anonymous said...

bgs sistem tu...
at least,bdk baru tu tak terkial-kial nanti utk wat keje...
apa pun,gud luck ye sali!!!

zulkbo said...

salam..
masuk tv1 entri ni hari ni
nak tau jugak apa yang bagus blog nie
menarik..tahniah