Tuesday, March 9, 2010

Malunya mak!


Kalian pernah alami peristiwa yang memalukan? Aduh, memang inilah dugaan ujian sebagai manusia! Sekali terkenang, rasa malu besar. Dua kali teringat, rasa hendak ketawa terbahak-bahak.

Aku selesai hadiri sidang media pelancaran produk di sebuah hotel di ibu kota. Pelancaran produk kecantikan terkenal; tidak perlulah sebut nama produk itu, nanti jadi iklan percuma pula, lagipun aku bukanlah hendak cerita mengenai produk berkenaan.

Konon hendak tunjuk feminin tetapi elegan dengan sentuhan wanita korporat, aku tampil dengan skirt labuh sempit, kot dan skarf merah jambuku yang dililit di leher. Rakan menegurku, “Engkau ni mengalahkan taukeh produk pula!” tetapi aku buat tidak kisah. Feminin ayu katakan!

Aku antara orang yang keluar agak lewat kerana sibuk mengejar para VIP dalam majlis. Terlupa pula aku datang ke majlis menumpang kereta kawan. Kawanku sudah turun ke tempat letak kereta tetapi aku masih sibuk bertukar-tukar kad perniagaan dalam majlis.

Mereka kalut menelefon mengajak aku balik dan mahu tidak mahu, aku terpaksa menurut mereka untuk segera balik. Kuala Lumpur sekarang musim hujan, pantang petang segala hujan ribut angin taufan menyerang tanpa isyarat. Kalau terlambat, bimbang terperangkap di jalan raya. Nasib tambah malang kalau kena banjir kilat.

Aku kelam-kabut capai barang-barang dan tergesa-gesa berlari mencari lif. Sampai di tangga hotel yang berbatu marmar dan berkilat licin, semasa hendak langkah turun, entah di mana silapnya, aku terpelecok dan terus jatuh terduduk. Aduh... rasa merah muka mak! Bertabur barang-barang atas tangga. Tak tahulah apa yang aku fikir masa tu, terasa macam hendak lari dan sorok muka dalam tandas!

Malu sungguh. Entah dari mana pula, hendak jadikan kisah ini lebih dramatik; seorang lelaki ganteng tiba-tiba tercegat depan aku. “Cik okey?” dia tanya aku dengan muka selamba. Dia tolong aku kutip barang-barang dan serahkan pada aku. “Cik betul-betul okey, tak tergeliat, tak patah, tak apa-apa?” lagi dia tanya dengan muka selambanya. (Aku ingat budak lelaki ganteng ini memang pekerja hotel yang tiada perasaan!)

Terhencot-hencot aku berjalan ke tempat letak kereta. Kawan-kawan aku dalam kereta bertanya kenapa aku jalan senget. “Jangan tanya!” aku balas dengan muka masam. Sampai di pejabat, melihat aku jalan terhencot-hencot, sekali lagi kawan-kawan pejabat bertanya. Dan aku jawab lagi, “Jangan tanya!”

Tetapi aku tidak dapat tahan senyuman ketika menulis ini. Jangan tanya kenapa aku senyum!

17 comments:

Khalid said...

Ha hah... pokcik x perlu bertanya kenapa Sali tersenyum...

Sali tringat kat lelaki ganteng yg menolong Sali masa Sali terjatuhkan kan kan...

Ain't it beautiful when there is mr. right who can sweep u off ur feet at the most unexpected moment.. hi hih

Diarihatiku1976 said...

hahah..lawak.. tulah... derhaka dengan kawan yg sudi menumpangkan.. ahahaksss

jalilah_jy said...

saya pernah memakai tumit 3 inci nak dijadikan cerita terpijak kulit pisang yg dicampak oleh pemakan yg tak berhati perut. patut masuk tong sampah.masa tu ada majlis perjumpaan veteran2... YB hadir. lebih malang saya mendukung anak berusia 2 tahun. jatuh mcm nangka bucuuukk laa depan org ramai. apa nak buat malu pun tahan jua.. tapi malang kaki ku terseliuh membengkak dan 2 minggu teruk juga laa.. terpaksa dukung anak sbb org ramai. selalunya dia berjalan sendiri.mulai dr itu ku tinggalkan 3 inci cuma 1 inci jer guna.. huhuhuhu...

Lifesaver said...

Hehehe.

Hi SMJ!

saya penah jatuh di cafe waktu study dulu..entah macam mana, saya boleh terfikir jatuh2 dalam fikiran..mmg betul2 jatuh..malu bukan kepalang..org ramai tgh sibuk2 beli makanan, saya jatuh kat lantai tu..adus!sakit jgn tanya la..malu satu hal lagi...

nora_idora said...

Assallamualaikum SMJ!

Kenapa Cik Sali tersenyum mungkin terkenangkan lelaki ganteng yang menolong ketika jatuh tadi...hmmm..lelaki itu ikhlas menolong.Pada saya sudah banyak kali berlaku keatas diri sendiri dan kadang kala dapat merasakan perasaan malu juga..

CiK MyVi PuTiH said...

pngalaman yg tragis dan pasti akn trkenang kenang.. xtau la trkenang yg mana 1 sama ada jatuh or di tegur lelaki ganteng... hermm mybe cik sally ada jwpn...

lurve_forever2 said...

what a cute story.....baik sungguh lelaki 2 ek??hehe....jgn tnya knpa sy ktawa k??
haha..

HanaHjIshak said...

saya pernah dapat satu tips macam mana nak 'cover' malu kalau tiba-tiba terjatuk o terpelecok depan orang ramai.

tipsnya adalah, bila jatuh tu terus buat-buat pengsan...heheheh..mesti orang yg pada mulanya nak ketawa panik dan simpati...heheheh

Che Lin said...

takpe, semua org pernah jatuh... malu sekejap, lepas tu ok. t'senyum2 teringat2 la tu... tang jatuh, dan tang mamat ganteng savior of the say... :-)

Princess Syaa said...

cik sally its a sweet story.... cm fairy tale la... btway, bes la ade laki ganteng yg nk tolong.. hehe

Royal-Flamboyant said...

Hahahah so cute! Omg what a embarassing moment. If I were you, I will be speechless too!

mawar hijau said...

hehehehhehe....sy pn malu gak waktu saya jatuh dl...da la sakit org semua pandang...harap-harap SMJ dapat jumpe lg dgn lelaki ganteng 2 k...

diha_fitri said...

Hi SMJ, klakar citer u kali ni. agaknya hotel tu ade cctv x? haha. actually u jatuh 2 kali masa tu, pertama u jatuh tangga, sbb tu u malu, lepas tu u jatuh CINTA sebab tu u tersenyum sorang2 skrg...;)

BiEbIE said...

bila baca2 cerita nie.. teringat plak masa zaman ambik diploma dulu.. selalu hari isnin kena pakai baju kurung.. so sbb nak nampak smart g kelas.. so pakai la baju kurung n kasut tumit tinggi.. bila dah pakai baju smart2, mesti la nak kontrol ayu..

alkisah, tgh syok2 naik tangga tu kan... tiba2 boleh terpijak kain baju kurung... n terjelepok ke depan.. malu nya... bila dah rasa malu terus kelam kabut... nak cover malu punya pasal.. boleh plak kaki jadi tak stabil.. apa lagi jatuh untuk second round lagi... classmate aku bukannya nak tolong.. tolong ketawa ada la.. huhuhu..

adib ahyar said...

hahaha...
andainya terjadi pada saya,terus saya berhenti kerja..waawaaa..
lawaknya..

nursari said...

Kalau dengar memang ketawa he he, tapi kalau diri sendiri yg terpelecok malu juga. Tapi rasanya semakin tua kaki semakin letih. Nasihat saya, dah tiba waktu pakai tumit rendah sikit he he

erra_fazira said...

biasela tu..sume orang ada merasakannya...huhu...nsib baik sy hate kasut tumit tinggi...huhu