Sunday, September 5, 2010

apabila lelaki shopping!


Minggu depan Aidilfitri. Ya Allah, pejam celik, pejam celik, sudah raya kita ya! Cepat sungguh masa berlalu.

Aku berborak-borak dengan Along, abang sulung aku di telefon. Katanya, anak isterinya semua sudah ada baju baru. Terkorban jugalah beberapa ratus untuk membeli baju raya anak isteri tersayang.

“Apa warna tema tahun ni?” aku bertanya. Kakak ipar aku antara isteri yang cukup rajin merancang itu ini untuk keluarga. Tahun lepas sedondon mereka warna hijau, sampai kami di kampung gelarkan mereka ‘pokok pisang’. Tahun ini apa pula?

“Tahun ni tak ada warna tema. Yang sulung tu nak warna biru, adiknya nak warna merah jambu, kakaknya nak ungu. Ikut suka merekalah. Jadi tahun ni, warna pelangi!”

Macam-macamlah Along ni!

Aku tahu biasanya Along memang selalu menyerahkan saja urusan baju raya ini kepada isterinya. Kadangkala dia nampak macam tidak kisah sangat dengan apa yang isterinya sediakan. Biasalah kan, lelaki… selalu nampak macam tak kisah saja. Asal ada, cukuplah!

Tetapi sebenarnya lelaki pun tidak kurang hebatnya dalam berbelanja. Along aku itu nampak saja macam tidak kisah tetapi kalau dia sendiri keluar membeli-belah memang cerewetnya, ya ampun!

Aku pernah temankan dia membeli kemeja kerjanya. Habis satu ruang pakaian lelaki diterokanya tetapi masih tidak dapat yang dia berkenan. Warna tidak sesuai, potongan tidak menarik, kain tak berkualiti – segala macam kritikannya. Selepas dua jam berpusing berputar, sampai aku sudah letih lenguh dan tidak kuasa lagi hendak berdiri – akhirnya barulah dapat sehelai kemeja yang dia suka. Lepas dapat sehelai, aku ingat selesai sudah. Rupa-rupanya dia hendak membeli lagi.

“Ngah, Along ni tak selalu membeli baju. Apa salahnya kalau beli lebih sedikit? Tapi kemeja kedua ni, boleh tak Angah sponsor?” Suka hati dia saja minta aku bayar. Sebab dia beria-ia membodek dan aku pun memang jarang-jarang membelikan hadiah untuknya, maka aku pun setuju untuk menaja. Kiranya aku ini adik yang baik hati jugalah kan…

Okeylah, aku kena tamatkan dahulu catatan kali ini.

Selamat hari raya untuk semua sahabat SMJ. Bila hendak balik kampung? Hati-hati di jalan raya!

2 comments:

Unknown said...

kadang2 lelaki nie shooping bila masa2 trtentu jer..tp bila dah smpai masa,shooping tak ingat..

yg wanita lak..dah slalu sgt shooping.Ari2 shooping ja...

tp lelaki rasanya tak leh lawan golongan wanita bila brshooping..betul tak?

Hurin Nailah Zinnirah!!!! said...

Sbnrnya tiap sikap lelaki adalah berbeza... Memang kalau lelaki tue jenis seorang yg mementingkan penampilan, shopping tetap menjadi keutamaan.. Malahan boleh jadi lebih cerewet dripd perempuan... Pokoknya, lain orang///lain gaya lah jawabnya... ^^