Monday, September 13, 2010

cerita raya


Masih berhari raya. Orang dewasa pun tidak kalah dengan budak-budak yang seronok sakan berhari raya. Anak-anak buah sibuk mengumpul duit raya. Tetapi anak-anak Along aku kalau beraya di kampung, tak berapa suka berjalan, sebaliknya lebih seronok berlonggok depan televisyen.

Ini memang ragam budak-budak sekarang. Mereka lebih seronok beraya depan televisyen daripada berkunjung ke rumah orang. Alasan mereka, sebab mereka tidak kenal orang kampung, jadi malulah hendak bertandang sesuka hati. Logik juga alasan mereka kan?

Cerita hari raya mungkin sedikit klise kerana setiap tahun ceritanya sama saja bagi orang bujang seperti aku. Setiap tahun ulang rutin yang sama – jadi tukang bancuh air, tukang cuci pinggan dan segala macam yang seumpama dengannya!

Kalau hendak pergi beraya ke rumah saudara-mara, kena ada orang tua (emak aku) sekali. Kalau tidak, harus tuan rumah tidak kenal, maklumlah sebab sejak bekerja, aku tidak tinggal di kampung lagi. Jarang-jarang sangat berjumpa sampai orang kampung pun tidak ingat lagi…

Raya ketiga, ketika semua orang di rumah berehat kerana keletihan baru balik dari raya (& makan-makan di rumah saudara mara), rumah emak dikunjungi tetamu. Dua kereta lagi, entah siapa, aku pun tidak pasti. Mungkin kawan-kawan lama emak agaknya.

Dengar suara riuh-rendah di depan, tahulah aku rupa-rupanya mak su sekeluarga yang datang. Pak su baru tukar kereta rupa-rupanya, patutlah aku tidak perasan tadi. Mak su dengan Pak su sengaja hendak tayang kereta barulah tu!

Yang buat aku terkejut, apabila tengok tetamu dari kereta sebuah lagi. Sekali tengok, rasa macam kenal. Dua kali tengok, memang kenal!

Im!

“Kami memang nak datang beraya ke sini. Im tiba-tiba nak ikut, sebab nak tengok suasana raya di sini. Itu yang ajak sekali mak ayahnya…” mak su beria-ia menerangkan.

Im tersenyum-senyum saja. Emak ayahnya ramah juga, siap bawa buah tangan kuih raya lagi. Biasalah, bertukar-tukar kuih raya memang jadi adat lazim orang kampung.

“Kak Ngah, macam mana Kak Ngah kenal saudara sebelah pak su tu?” adik perempuan aku yang sudah jadi emak orang itu sibuk hendak tahu, bukan sibuk hendak tolong aku bancuh air di dapur.

Aku cakap, aku kenal mereka semasa kenduri arwah nenek beberapa bulan lepas.

“Oh! Mereka datang hendak merisik Kak Ngah ke?” adik aku terus tanya soalan, tak bertapis-tapis langsung!

Aku tercengang, tak terjawab soalan itu! Entahlah dik….

5 comments:

ZUHANIF said...

heheheh apa salahnya kan kak klu org tu dtg merisik pun. rezeki raya tu hehehh lgpun mendirikan masjid sesuatu yg mulia. kawin lambat nanti dpt anak lambat mcm saya heheheh :P lgpun seronok kak alam rumahtangga ni :)

qenarihitam said...

Akak saya doakan akak akan bertemu jodoh. kalau cukup syarat Im tu dalam Islam akak pertimbangkalah dia sebab kalau ikut dari segi lain memang lelaki ni ada jer kekurangannya tapi sama seperti kita yang perempuan manusia tidak ada yang sempurna dan saya tahu akak lebih arif ttg itu..Anyway..hope to hear a good news from you..Update lah kalau sudah dirisik hehe...

~*irjune*~ said...

salam, sally itulah nasib org bujang macam kita ni bila time hari raya. Dapat tender bancuh air, hidang air, dengan basuh pinggan.
So macam mana dengan Im, ade cerita gembira ke nak share dengan kotorang. Anyway, tahniah ek kalau berita itu adalah positif

ned said...

salam perkenalan, seronok jew bunyi nya 2. Harap2 dapat mendengar berita yang gembira yer...

White Jasmine said...

InsyaAllah, jika ada jodoh tidak kemana.. semuanya dengan izin Allah s.w.t. Mohonlah yang terbaik dan diredhai olehNya.