Monday, May 3, 2010

'catatan lewat' sempena hari pekerja


Sabtu lepas kita sambut Hari Pekerja. Dapat cuti sehari tetapi seperti biasa, orang media seperti aku kadangkala tidak sempat bercuti pun. Tidak kisahlah, redha sajalah sebab kalau sudah minat, tidak kisah lagi terpaksa bekerja lebih.

Aku tahu bagi kebanyakan orang, Hari Pekerja bermakna ‘cuti sehari lagi’! Bagi ibu-ibu bekerja, hari cuti seperti ini dapat dijadikan masa berkualiti untuk keluarga, terutamanya anak-anak.

Kadangkala kasihan juga tengok rakan-rakanku yang bergelar isteri dan ibu. Asyik terkocoh-kocoh, terkejar-kejar hendak selesaikan itu ini. Aku tabik sungguh pada mereka. Kadangkala rasa mereka ini ‘superwomen’ – semua bendak kena buat sendiri. Daripada celik mata subuh hari sehinggalah pejam mata untuk tidur, mereka manfaatkan semuanya untuk buat apa yang terdaya.

Aku tambah tabik andai isteri dan ibu berkerjaya ini berjaya dalam rumah tangga (rumah tangga aman damai) dan anak-anak pula berjaya (cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya). Memanglah semua ini tidak dapat dilaksanakan seorang diri; mesti ada kerjasama daripada si suami juga.

Oh maaf ya, ini sekadar catatan peribadi lewat Hari Pekerja! Cuti sehari sudah pun tamat. Selamat kembali bekerja. Semoga menjadi ‘Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi’.

(Terima kasih kepada kawan-kawan SMJ yang mengirimkan ucapan takziah kerana pemergian nenek SMJ.Doa kalian amat dihargai.)

5 comments:

suzzsuzie said...

nama je cuti hari pekerja tapi i tak dapat bercuti gak...sibuk dok melayan ramai orang bertandang ke rumah....cuti2 pun masak but it was a fun day...baru jenguk blog skaf merah jambu....seronok baca.......

Unknown said...

Lil' sista, thanks god u luv ur job! i bet u not only produce more, but ur work quality is one notch up than the rest!...

If there is a need for media coverage, i think i may have u in mind...

Cheers,
:-)

BRADERhijau said...

selamat hari pekerja dan hari ibu

Diarihatiku1976 said...

samalah.. nama jer hari pekerja... kena cuti.. tapi aku yg kejer sebagai menyampaikan dasar-dasar kerajaan ni terpaksa kejer... masa nilah program komuniti byk diadakan... adohaiii....

manajanjimu said...

hari pekerjake hari ibuke hariape ke...yang penting c u t i..! Memang tabik tapi kesian juga mjoriti ibu2 bekerja macam you eloberet tu. x ke tpikir yg diorg tu x lh mcm aci india angkt btu jln @ mcm 'pati' krja kntrak di gubk2 haram dkt kwsn prumhn @ kilng2 ... yg siangmlm cri mkn n kumpl duit utk btul2 sara mknminum kluarga..
kita org ni snggup tnggl ank n suami kpd org LAIN [ alien?] sbb pulun cri duit nk byar kreta bru, umh bru, bju bru, ksut bru , begtngn bru, altmekup bru smuanylh kna sntiasa bru...trmsuk 'alien' bru... sdar2... dh brkdut sna, brkdut sni wlau smua prkara msih bru..... smpai mimpi2 nk hari cuti hri qualty....last2 dkt2 org nk gali LIANG kubr yg bru..! bru sedar.. DAH TERLEWAT........dah trttup pun pntu TAUBT!