Monday, May 17, 2010

guru 'pojaan'ku


SETIAP kali ketibaan Hari Guru, aku pasti terkenang kisah zaman sekolah. Di sekolah dahulu, aku mungkin masuk kategori budak-budak biasa sahaja. Kadangkala lebih banyak bual hal sendiri dengan geng satu kepala. Kadangkala buat masalah juga di sekolah. Tetapi tidaklah sampai kena gantung sekolah atau kena rotan.

Ada seorang guru yang agak berkesan dalam hatiku sehingga sekarang. Guru sejarahku semasa tingkatan enam, Cikgu ID. Itu bukan namanya, tetapi aku gelarkannya begitu, kerana wajahnya ada iras pelakon Isma Daniel yang memang kacak dan jadi kegilaanku pada zaman aku remaja dahulu. Ha ha ha!

Kerana dicabar kawan-kawan, aku pernah menghantar surat cinta kepadanya. Aku tidaklah berjiwang-jiwang dalam surat, tiada bulan bintang segala, tetapi aku sekadar luahkan rasa minatku padanya, aku menyenanginya dan kalau boleh, mahu jadikan dia ‘abang angkat’ku.

Aku geleng kepala dan tergelak sendirian ketika aku menulis ini! Terasa bodoh dan dangkalnya zaman remajaku.

Kawan-kawanku letakkan surat itu atas meja Cikgu ID. Surat bersampul merah jambu, atas kertas biru muda yang bertabur sedikit bedak harum. (Aduh, idea bedak ini terasa amat bodoh… terjangkit daripada sepupu-sepupuku yang suka berjiwang-jiwang!)

Reaksi Cikgu ID? Dia suruh aku berjumpanya suatu hari. Berdebar-debar aku dibuatnya tetapi kawan-kawanku bagi semangat, “Tak apa, kau pergi saja! Kalau dia marah, kau cakap, surat tu main-main saja, takkan cikgu nak ambil hati. Tapi kalau dia balas cinta kau, bonuslah!”

Separuh menggigil juga aku, tetapi ibarat kata, berani buat berani tanggung. Maka aku bermuka selamba pergi menemuinya.

Cikgu ID tidak marah pun. Mukanya tenang saja. Dia senyum memanjang. Dia tunjukkan surat itu pada aku.

Katanya, “Kamu remaja lagi, memanglah pada umur sekarang, kamu nampak orang yang dekat dengan kamu saja. Esok-esok kamu dah keluar kerja, kamu akan nampak luasnya dunia ini. Sekarang mungkin kamu minat saya, kamu nampak sayalah lelaki paling handsome di dunia ni. Tapi esok-esok apabila kamu sudah bekerja dan luas pemandangan, aku akan jumpa lebih ramai orang handsome daripada saya. Kamu tak akan rasa saya ini lelaki paling handsome lagi ketika tu!”

Aku keluar dari bilik guru dengan muka tersengih. Kawan-kawan aku pelik, “Cikgu ID terima cinta kau ya?” Cikgu ID sah-sah sudah tolak cinta aku, sebab dia sudah bertunang! Tetapi kata-katanya aku pegang dan ingat sehingga sekarang.

Aku sudah melihat betapa luasnya dunia. (Mungkin tak seluas mana sebab aku pun masih muda…) Aku sudah bertemu ramai orang… Cuma aku belum bertemu lelaki yang memenuhi criteria yang aku mahukan. Tidak perlu yang kacak macam Cikgu ID tetapi adalah kualiti yang memikat hati.

Selamat hari guru untuk Cikgu ID, di mana saja dia berada. Dan selamat hari guru untuk semua yang bergelar guru, bakal bergelar guru dan telah bergelar guru.

Kalian pula, siapa guru yang masih kekal dalam hati kalian? Ada pengalaman menarik berkaitannya?

10 comments:

liyana said...

guru itu mmg pelita hidup kan.. ;)

lampin&buku said...

Saya dulu, kalau cikgu hensem ngajo bukan dengar sangat tapi akan memandang tuannya.Ada 2 orang guru yang memang menjadi kegilaanku.peh memang hensem cam amir khan.Nak cari suami pun gitu juga sebenarnya tapi nak wat camne dapat yang bukan berhidung amir khan. nama amir pun takde...

LanaBulu said...

hebat3...
teman tak pernah terpikat pada cikgu sbb? semuanya boleh panggil kakak atau mak je//hee..

Khalid said...

Setiap orang ada idola masing2... Klu x dpt idola pon x aper.... Bunga bukan sekuntum... kumbang taik ayam bukan sekoq.. ha hah..

SHIKIN said...

cikgu sy pun pernah ckp mcm 2. dia kata byk lg perkara kat luar yg kita tak tengok lagi. ape2 pun, cikgu memanglah pujaanku smpikan pernah bercita2 jd cikgu tp akhirnya dpt jd cikgi heheee

zures said...

Guru adalah ibarat ibu bapa kita. sentiasa ingin anak muridnya menjadi insan terbaik dn terbilang. Betapa besarnya pengorbanan seorang guru...tiada bandingannya. Tetapi yang menyedihkan dewasa ini ada segelintir ibubapa yang lebih mendengar kata anak2 berbanding guru sehinggakan guru yang ingin mendidik..menjadi terbatas...bukan macam orang dulu2.

orkidMoon said...

heehhe macam ffil time skolah dlu kn. but besa la asam gram alam persekolahan. alih2 klu terkena gan bdk2 nakal. cikgu pun pndai nek angin. any way cikgu la pelita dan penyumbang kehidupan. klu x da cikgu, kita x mnjadi insan yang berguna ;)

yua zawa said...

teringat time sekolah dahulu..
ermm guru adlh pbina bgsa, pbina negara.
tnpa mereka siapalah kita..

syushahn0w said...

kelakarkan,kalau ingat zaman sek0lah.. saya dulupun ada gak tangkap jiwang dengan cikgu,hassan nama dia. masa tu baru 12 tahun dah pandai jatuh cinta dengan orang dewasa. haha..bila ingat balik rasa malu ada rasa bodoh ada. tapi itulah asam garam hidup,semua orang akan laluinya..

abg long said...

dulu saya pun ada minat kat seorang cikgu namanya kartini orangnya kecil tapi cantik sayangnya dah lama kawin ..malulah saya