Thursday, May 27, 2010

aku 'kaunselor' rumah tangga?


Seorang pembaca menelefon di pejabat, mengadu mengenai masalah rumah tangganya. Suaminya kaki pukul; pantang salah sikit, asyik hendak membelasahnya. Katanya, sejak anak kecil seorang sehingga sekarang sudah berderet empat orang, suaminya masih belum boleh buang penyakit baran itu, walaupun dia sudah berjanji banyak kali.

Apabila bergaduh bertengkar yang sekali-sekala diakhiri dengan penampar dan penumbuk sebiji dua, isterinya akan lari dari rumah, menumpang di rumah saudara. Dan suaminya pun datang, merayu-rayu, menangis-nangis, minta ampun, minta maaf agar dia diberikan peluang kedua.

“Dan puan pun lembut hati?” aku bertanya, entahlah, tidak tahulah apa nadanya soalan aku – sinis, geram atau ikhlas. Dia di talian bukannya dapat lihat muka aku, jadi tidak kisahlah!

“Suami, cik. Bapa pada anak-anak akak. Tengok mata anak-anak pun dah kasihan. Beri peluang, tak bermakna akak dah lupa perbuatan dia pada akak. Sepanjang masa akak tak putus doa agar dia berubah, supaya setan dalam dirinya tu dapat dikalahkan!” hebat juga kakak itu berhujah. Dan aku pun diam, teruskan mendengar sahaja.

Aku bukanlah pandai sangat hendak beri nasihat mengenai masalah rumah tangga orang. Setiap kali orang menelefon aku hendak bercerita masalah rumah tangganya, aku akan cakap awal-awal, aku ini wanita bujang dan belum mendirikan rumah tangga.

Dan jawapan mereka, “Saya perlukan orang untuk mendengar. Itu pun sudah cukup.”

Maka aku pun terpaksa tadah telinga sahaja. Mungkin jadi pendengar setia pun sudah cukup untuk meredakan resah hati mereka. Tidak mengapalah, aku dengar. Yang baik, ambil buat pengajaran. Yang sebaliknya, jadikan sempadan.

Tetapi kadangkala tidak dinafikan, apabila terlalu banyak mendengar cerita sedih sadis rumah tangga orang, buat aku jadi skeptikal terhadap perkahwinan. Lebih tepat, prejudis terhadap lelaki.

Uppps, bukan semua lelaki begitu kan?

6 comments:

suzzsuzie said...

nampaknya kena lah jd pendengar yang setia.........

lampin&buku said...

Biasanya orang yang begini dia taknak nasihat kita.Berilah nasihat dia tetap sayang kat laki dia.Dia hanya nak kita dengar sahaja.Akak tu bukan sahaja kene berdoa tapi kene ubah diri juga. Dengar je la.Tapi jangan lupa masih ada lelaki baik cuma perlu berdoa sahaja agar kita dpt lelaki baik itu.

Unknown said...

Lelaki smua begitu? Aiyaa.... Habis, x kan la papa Sali pon camtu kot... hmmm...

p/s: klu pokcik marah kat pompuan, pokcik x pukul.. Cuma pokcik rasa mcm nk cubit jer kat bontot tu.. he heh..

rita said...

Walau ape pun berlaku ,tak de sape pun bagi kuasa utk sape2 dalam dunia ini untuk menyakiti sape2..cukupla setakat tegur sahaja..
Si wanita ,sedarla sampai bile nak hidup dengan tangisan?semua masalah ade punca ,akibat dan penyelesaian..fikirkan masa depan mu..

Anonymous said...

bukan semua lelaki macam tu, kalau nak tahu seorang lelaki tu baik atau tidak sesuai dengan atau tidak buat solat sunat ditengah malam ... http roslialong.blogspot.com

p/s:TEPUK DADA TANYA SELERA

Anonymous said...

kalau lelakiyang jadi suri rumah macammana lak ye ?