Wednesday, April 28, 2010

maut memisahkan kita...al-Fatihah!

Maaf, aku terasa lama juga blog ini terabai. Aku tidak sempat pun hendak menjenguk blog ini seminggu dua ini kerana sibukkan hal lain. Hal apa itu?

Nenek yang aku sayangi meninggal dunia minggu lepas. Mak Su yang tinggal bersama nenek menghubungi aku awal pagi, ketika aku sedang bersiap-siap hendak ke pejabat memaklumkan hal nenek. Nenek meninggal dunia dalam tidur. Subuh ketika Mak Su kejutkannya untuk solat subuh, Mak Su dapati nenek sudah tiada, namun tubuh nenek kata Mak Su, masih panas ketika itu.

“Nenek meninggal dunia dalam keadaan baik, Kak Ngah. Kita doakan dia ya,” demikian kata Mak Su. Aku anggap bahawa itu caranya Mak Su ingin katakan bahawa, kita mesti redhai pemergian nenek.

Ketika aku letak telefon, menitik juga air mata aku. Aku duduk termenung di sofa beberapa minit. Aku cuba tenangkan hati. Aku beritahu diri sendiri, relakan dia pergi, relakan!

Aku sebetulnya ada banyak kenangan dengan nenek sebelah arwah ayah ini. Ketika aku kecil dahulu (sekolah rendah) aku pernah tinggal dengan nenek selama beberapa tahun. Aku pun tidak pasti mengapa aku ditinggalkan dengan nenek tetapi tidak kisahlah, aku sudah pun membesar jadi manusia sekarang!

Jadi sepanjang minggu lalu, aku balik kampung nenek. ‘Cuti ehsan’ selama tiga hari, aku tambah dengan cuti sendiri. Emak dan adik-beradik aku semua sudah balik rumah sendiri, tinggal aku sahaja di rumah Mak Su. Tidak sempat berbakti pada allahyarham nenek di hujung hayatnya, itu yang aku rasa kesal sedikit.

Hari ini, selepas bercuti lama dan bercuti berblog juga, aku balik bekerja. Tak ada moodlah hendak bekerja! Macam mana ya?

10 comments:

Shahada Fauzi said...

sabar eh cik SMJ..yang pergi tetap pergi..relakan pemergian nenek cik SMJ..semoga rohnya tenang di sana..saya faham perasaan cik SMJ..saya pun baru sebulan lebih kehilangan nenek..saya sedekahkan al-fatihah buat nenek cik SMJ dan nenek saya..al-fatihah..

Anonymous said...

assalamualaikum,SMJ, saya sedekahkan al-fatihah pada arwah nenek SMJ. semoga rohnya disemadikan disisi orang-orang yang beriman, insya Allah...

Unknown said...

Salam Cik Sali..
Masih beruntung punya nenek sehingga sekarang. Nenek saya dah tiada sejak usia 18 tahun, dia meninggal tanpa saya di sisi sedangkan dialah yang menjaga saya dr kecil hingga 17thn. Kehilangan dia buat saya selalu mimpikan zaman kanak2 dikampung.

Al-fatihah utk arwah nenek2 kita semua.

waniey..... said...

salam cik sally

takziah..banyak2kan bersabar setiap yg hidup pasti akan kembali padanya..semoga arwah nenek cik sally dicucuri rahmat..al-fatihah

misz nOra said...

takziah...sy juga merasai apa yang awak rasai, setahun yang lalu. sama mcm cik SMJ, nak buat apa pn tak bersemangat..but semuanya will getting better after dis, its take time to recover because kita akan sentiasa teringat mereka but somehow kita sedar itu janji Allah, yang hidup pasti mati...
al-fatihah,semoga roh mereka tenang dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan solehin di sisiNya..Amin..

Unknown said...

Al-Fatihah dan segulung takziah buat SMJ.. redhakan kepergiannya..
Allah lbh menyayanginya... Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian... Doaku agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Illahi dan ditempatkan bersama golongan para syuhadah...
Amin... Kita yang hidup ni harus bangkit bersama kekuataan yang telah dia tinggalkan bersama kita..
Bangkit dan teruskan bersemangat untuk menghadapi cubaan dan dugaan yang lebih mencabar dalam perjalanan liku hidup...

asura said...

ajal dan maut di tangan Allah..
sabar dan redhalah dgn pemergiannya..
pasti ada hikmahnya..

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Takziah diucapkan buat SMJ. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Unknown said...

Takziah utk Sali...Al-Fatihah.. but remember, there shall definitely sunshine after rain...

BTW, Selamah Hari Buluh..

kak cabai said...

hidup mati milik Allah kita yang masih hidup ni kena berdoa untuk arwah sebab kita adalah harta yang tak ternilai untuknya. Doa kitalah yang sangat diharapkan bila sudah sampai disana. Sebab tu la, kita kena didik generasi kita sentiasa berdoa untuk arwah. Satu hari nanti kita pasti akan kesana dan doa anak cucu kitalah yang paling berharga. Jangan sedih sangat ok smj.