Thursday, April 1, 2010

April yang bodoh… atau aku yang bodoh?


AKU masuk pejabat dalam keadaan badan sangat penat, kepala berserabut dan jiwa kacau. Sebelah pagi menguruskan sesi foto dengan seorang wanita kenamaan, bersambung pula dengan wawancara yang panjang.

Habis tugasan; perut kenyang, minda kenyang dengan cerita Datin, aku bercadang hendak balik tetapi kereta kesayanganku tiba-tiba meragam tidak mahu hidup pula. Jurufoto sudah balik dahulu, tidak dapatlah menumpang. Dalam resah bengang marah, aku terpaksa tunggu mekanik datang. Mujur Datin baik hati menelefon mekanik yang biasa menguruskan kenderaannya.

Periksa sana sini, tengok itu ini, masalahnya mudah saja. Minyak hitam sudah kering! Ada lagi beberapa masalah lain, kata mekanik. Aduhai... Si mekanik tersenyum-senyum saja, “Akak tak reti check minyak hitam ke?” Aku tidak terkata. Kereta itu memang sudah patut dihantar servis tetapi aku asyik kata “nanti dulu!” Tidak sangka pula boleh jadi masalah besar. Si mekanik geleng-geleng kepala saja, “Perempuan pandai bawa kereta saja!” katanya selamba. Amboi, sesedap mulut kau mengata aku!

Kereta terpaksa ditunda ke ‘hospital’ sebab kata mekanik lebih baik buat pemeriksaan menyeluruh. Aku pun malas hendak beralasan lagi, ‘sekali harung’ sajalah. Datin berkali-kali kata kesal sebab dia ada temu janji, kalau tidak, dia boleh hantar aku balik ke pejabat. Pemandunya pun tidak ada sebab mengikut suaminya.

Menunggu teksi pun satu hal juga. Agaknya teksi tidak masuk ke kawasan tempat tinggal orang kaya-kaya! Ada yang lalu tetapi penuh pula. Selepas 15 minit menunggu barulah muncul sebuah teksi dan Alhamdulillah, aku akhirnya sampai di pejabat.

Ada kotak cantik berhias riben atas meja. Dapat hadiah, daripada siapa pula? Hari jadi aku sudah lepas. Kawan-kawan geleng kepala apabila aku tanya. “Adalah peminat bagi tu!” usik mereka. Dengan dada berdebar-debar aku membuka kotak. Masya-Allah, aku terjerit kuat apabila seekor katak melompat.

“April Foool!!” Kawan-kawan aku menjerit sambil bertepuk tangan. Kurang asam. Malaun punya kawan!

“Hei! Tak ada kerja lain ke!? Mentang-mentang bos tak ada, korang bersuka ria kat sini! Tahu tak, orang bodoh saja sambut April Fool!” aku melenting tiba-tiba. Bengang! Aku capai beg tangan, angkat kaki keluar dari pejabat.

Apabila sampai di tepi jalan, aku tersedar sesuatu. Hati sudah mula sejuk agaknya. April Fool? Hari ini 1 April. April yang bodoh atau aku yang bodoh, emosi tak pasal-pasal?

8 comments:

Muhamad syukri dzun nurin said...

hehe...sebenarnya bukan kita atau april fool yang bodoh...tetapi gurauan itu yang kadang-kadang buat kita arasa menyampah...jangan risau..saya pun kena april fool gak hari ni..huh:(

Khalid said...

Sali jangan gundah.. Laugh at the world... the world shall smile back at ya...:-)

nORuL3zs said...

assalamualaikum....saya bukanla nak jadi ustzah disini..cume saya nak berkongsi ilmu...

menyambut 1 APRIL pda setiap tahun adalah tidak digalakkan didalam islam...kerana hukumnya adalah haram...saya nak post citer tuh tkleh..panjang sngt..cume kalau dipendekkan...tanggal tsbt umat islam telah disembelih di spanyol....kalau nak tau lebih lanjut cri la dalam tenet...

"Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Normah said...

Mana tak bengang, kereta masuk bengkel. Member bergurau tersilap masa. Sesiapapun boleh emosi kalau menghadapi situsi yg sama seperti cik sally. Nasib baiklah cepat sejuk. Kalau tidak entah sapelah kena sembur pulak lepas tu. "April Fool"????? yg sangat pasti memang bukan budaya Malaysia.

Azie Ziedazzle said...

Jgnla sedih.. org bergurau je tu hehe..

Nabi pun adakala bergurau juga..

MIERA said...

nauzubillahh.betul tu April FOOL atau apa2 yang perayaan yahudi sememangnya bukan budaya kita..semua itu akan memesongkan aqidah kita,bergurau adakala melapangkan jiwa.adakala boleh merosakkan minda..

e_zoo_one said...

hahhahaahah betol betol memang kita yang bodoh coz percaya sangat kan heheheheehehh

kurung manis said...

ha ha ha...so nice your APRIL FOOL!!