Sunday, August 22, 2010

hati tersentuh


Hati aku tersentuh sungguh apabila melihat dan membaca berita kebelakangan ini. Sudahlah berada dalam bulan Ramadan, berita-berita yang tersiar di akhbar pula tidaklah begitu menggembirakan. Memanglah cerita sedih-sayu-ngeri itu pelaris akhbar tetapi dalam kehidupan manusia, ia bukanlah kisah yang seronok untuk diceritakan.

Antara yang buat aku ngeri dan takut, adalah kisah ‘tragedi sahur’apabila suami yang sakit mental akhirnya tetak isteri sehingga mati dan cederakan anak-anak. Juga kes suami gian yang simbah asid pada isteri, emak mentua dan anak-anak sampai masuk hospital sebab gagal berinya duit.

Aduh, apa sudah jadi dengan manusia hari ini? Betullah, manusia apabila berada di luar kewarasan akal akan buat apa saja untuk capai kehendaknya. ‘Sakit mental’ dan ‘gian dadah’ memang setaraf, sebab sama-sama buat manusia hilang akal sehingga sanggup jadi pembunuh. Nauzubillahiminzalik.

Sebagai perempuan, aku tidak nafikan kisah-kisah beginilah yang buat aku (dan ‘rakan-rakan seangkatan’) jadi takut untuk berumah tangga, takut dapat suami yang tak boleh pakai, pasti hidup bagaikan perahu karam sebelah. Selalu yang berlaku, awal-awal semuanya O.K belaka tetapi apabila sampai satu tahap, rupa-rupanya K.O! Simpang malaikat 44, minta dijauhkan Allah dapat suami ‘sepak habuk’ (penganggur), ‘senteng’ (tidak waras) dan ‘pendek akal’ (tidak bijaksana).

Satu lagi yang buat aku rasa senak hati adalah apabila membaca kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi. Tak kira bulan puasa atau bulan tak puasa, syaitan dalam diri tetap merajalela. Bukan setakat buang bayi yang meninggal dunia (tidak pastilah sama ada meninggal sebelum dibuang atau selepas dibuang) tetapi yang masih hidup bernyawa pun tergamak dibuang.

Dik, kalau tak mahu atau tak mampu bela sendiri, tidak mengapa; serahkan pada orang yang mahu. Kau serahkan pada akak pun tak apa, dik! Akak akan bela anak kau elok-elok, mudah-mudahan dia membesar jadi manusia yang baik dan tolong doakan pula untuk kesejahteraan kau, dik! Begitulah hati aku berkata-kata setiap kali membaca berita buang bayi ini. Aku marah, aku memang emosi sedikit apabila tiba cerita-cerita begini!

Ya Allah, selamatkan kami daripada menjadi orang yang zalim!

Doa yang baik-baik saja ya, mudah-mudahan pada bulan Ramadan yang mulia ini, Allah bukakan pintu langit seluas-luasnya dan menerima permohonan doa kita. Amin!

4 comments:

~*irjune*~ said...

salam Sally,
betul tu, bulan Ramadhan ni makin menjadi2 pula masalah sosial. Suami tendang isteri, suami simbah asid,dan lain2 lagi lah.
Hmm..memang menakutkan. Setuju sengan Sally, hal2 gi yang buatkan wanita macam kita menjadi tawar hati untuk mencari pasangan. bukan menidakkan institusi perkahwinan, tapi trauma berita macam tu sememangnya amat menakutkan.

Pasal kes buang anak tu, memang tak bersyukur betul budak2 tu. Dah la mudah buat anak, mudah mengandung, mudah bersalin, macam tu juga la mudahnya mereka nak buang anak. Kenapa tak bg je pada yang sudi nak membela, sekurang-kurangnya dapat dididik supaya tak menjadi seperti ibu mereka yang berdosa tu.

Chempaka Aziz said...

mmg dlm bulan ramadan ni hantu syaitan kene ikat tapi nafsu serakah tak diikat maka berlakulah masalah sosial yg tiada penguhujungnya.dunia akhir zaman.kita semua kene ambil iktibar

naz&awie said...

salam.Pada bulan Ramadhan semua syaitan telah tiada, yang tinggal hanyalah nafsu dalam diri kita sendiri.Beberapa kes yang dipaparkan di dada-dada akhbar jelas menunjukkan betapa bejatnya moral segelintir masyarakat kita.Ternyata mereka-mereka ini tewas dalam menumpaskan nafsu syahwat mereka.Saya bersimpati kepada mangsa-mangsa yang majoritinya adalah anak-anak kecil dan kaum wanita...

Mind Me said...

yup sangat menakutkan tengok berita kat tv sekarang..kadang2 rasa nak tutup je tv tu..tergamak la dorang buat camtu kan.