Monday, July 26, 2010

nasihat kepenggunaan




Temanku baru balik dari luar negara dan sibuk menayangkan beg dan kasut baru yang dibelinya di sana. Kalau itu barang asli, aku tahu memang harganya cecah belasan ribu ringgit juga. Tetapi kalau itu barang tiruan, memang barang itu dibuat dengan baik kerana kelihatannya sangat asli.

Aku bukanlah kisah sangat dengan barang asli atau barang palsu kerana aku pun bukan gila jenama. Memang aku ada sepasang dua kasut dan satu dua beg tangan yang harganya mahal dan ada jenama besar sedikit. Tetapi hanya itu sahajalah, yang biasanya aku gunakan untuk majlis-majlis tertentu.

Barang mahal dan berkualiti ini orang kata ‘alah membeli menang memakai’. Aku memang akui hakikat itu tetapi bagi perempuan biasa seperti aku ini, cukuplah sekadar berpada-pada. Aku sebenarnya belajar banyak daripada kesilapan dan kelekaan aku sendiri.

Nak tahu cerita aku? Aku pernah beli sepasang dres yang harganya hampir RM1,500. Memang tidak mahal bagi orang berduit tetapi bagi aku yang sekadar pangkat eksekutif ini, harga itu sudah cukup besar. Sayangnya, baju yang harga RM1,500 itu hanya sekali aku pakai. Itu pun dalam keadaan terkial-kial, tarik sana tarik sini kerana rasa sangat tidak selesa.

Dan sekarang baju itu tergantung sahaja di dalam almari, jadi perhiasan almari. Sekali pandang rasa sayang. Berkali-kali pandang, rasa seperti hendak gunting-gunting saja sebab kesal dengan sikap terburu-buru dahulu.

Apa boleh buat. Itulah, ketika membeli dahulu tidak berfikir panjang, nampak cantik pada mata, tetapi belum tentu molek apabila dikenakan pada tubuh. Rasa-rasanya ramai perempuan lain seperti aku juga, yang selalu tidak ukur baju di badan sendiri. Sudah-sudahnya ada yang baju sempit, terlebih saiz, terlebih panjang atau terkurang pendek. Faham-faham sendirilah ya....

Perempuan dalam bab membeli, memang nombor satu! Kalau boleh, seluruh pusat beli belah hendak diborong sekali. Mungkin ada kaitan dengan fitrah wanita yang sukakan keindahan dan kecantikan. Apa-apa sahaja nampak cantik pada matanya.

Aku bukanlah hendak mengata sesiapa. Aku mengata diri sendiri sebenarnya. Aku ingat-ingatkan diri juga sebab dua tiga minggu lagi, kita hendak sambut puasa dan sebulan selepas itu, akan meraikan Aidilfitri. Jadi eloklah aku ingatkan diri awal-awal agar berpada-pada berbelanja. Berbelanja ikut keperluan, bukan keinginan.

Okey ke? Rasanya aku punya catatan mengenai persiapan raya. Nanti senang-senang aku sambung lagi ya....

6 comments:

Lalinkfyza said...

cik sally, saya juga minat LV!! Huhuhuhu..tp agak mahal utk dimiliki :))

Chempaka Aziz said...

samalah..saya pun minat jugak.pernah pakai yg tak ori tapi ok tu...hihii tapi rasa mcm menipu diri sedri pulak! nak bergaya punye pasl , pakai yg tiruan pulak kan.tapi bila difikir balik...org mcm kita ni tak payah lah lebih2...beli yg ada jenama biasa2 tu sudah lah.sebab? kalau pakai yg over the brand tu..ttp org lihat mcm kita ni pakai yg tak ori tu...

SHIKIN said...

oh samalah. saya pun terlalu boros dlm membeli belah nie. barang berjenama mmg membanggakan bila pakai tapi spt cik sally saya selalu terbeli barang mahal dan simpan je dlm almari. Sekarang saya pun belajar dr kesilapan. beringat2 dan berpada2.

FAHMI said...

shoppaholics...me too...i just wanna ask u one question..where didi u get those shoes?

Isyraq said...

hadoyai... laki pun sama sbnarnya... nk2 lg exec muda yg bru bleh kerja.... mcm sya dlu terlalu obses dgn armani exchange.... last2... diri yg merana sb kna mkn maggie... huhuhu....

ZUHANIF said...

hai salam silaturahim :P sy baru tgk ur story dlm apa kata wanita hari ni tu yang terus cari. hope we can change idea together cos sy peminat merah tak kisah la apa2 merah pun termasuk merah jambu :P k good luck :P