Monday, July 12, 2010

cemburu tanda sayang?


Kecoh seketika di pejabatku. Nina (bukan nama sebenar), penyambut tetamu di pejabat kami tiba-tiba ‘diserang’. Dia diserang oleh suaminya sendiri, yang datang memarahinya, memakinya dan mengugut hendak memukulnya. Kecoh sungguh kaunter penyambut tetamu dibuatnya. Nasib baik tetamu tidak ramai, kalau tidak, harus lebih malu besar.

Yang paling malu besar; Ninalah. Sebab yang buat hal itu adalah suaminya sendiri!

Beberapa orang bos keluar untuk mententeramkan keadaan di kaunter depan. Drama sungguh! Tetapi mereka balik kena sembur dek suami Nina yang naik hantu. Bos bahagian sumber manusia, Encik Li masuk campur. Dia pun sama juga kena maki, “Jangan masuk campur. Ini hal rumah tangga kami. Orang luar jangan memandai-mandai!” Bengis sungguh suami Nina itu. Lagak macam orang separuh mabuk pun ada, hissy!

“Memang rumah tangga awak. Tapi awak datang buat kacau di pejabat orang. Ini tempat kerja, tempat cari rezeki. Kalau hendak bergaduh laki bini, bergaduh di rumah, bukan di pejabat. Jangan buat hal macam orang tak ada akhlak!” Sekali Encik Li sudah balas balik!

Hampir bergaduh dan bertumbuk juga tetapi dapat dileraikan oleh pengawal keselamatan. Suami Nina dihalau keluar. Kasihan Nina. Menangis-nangis dia diperlakukan suaminya. Sakit hati memang pasti. Malu lagi kepada rakan sekerja.

Nina memang pernah bercerita padaku mengenai suaminya yang panas baran. Ibu kepada seorang anak itu baru 26 tahun dan sudah tiga tahun berkahwin. Katanya, suaminya memang kuat cemburu dan selalu mengawal pergerakan dia.

Petang itu, yang jadi punca sampai serang-menyerang di pejabat sebab sebelah paginya, suami Nina terbaca satu SMS yang dikirimkan teman lelaki lama Nina. Nina bertegas kata, dia tiada apa-apa lagi dengan lelaki itu. Sampai ke pejabat suaminya asyik menelefon tidak puas hati sehingga Nina terpaksa tutup telefon. Sebab tidak dapat bercakap dengan Nina, suaminya tidak sabar lalu datang serang di pejabat.

“Malu saya, kak. Malu satu pejabat dengan perangai gila dia tu….” Nina teresak-esak mengadu ketika aku temankan dia ke kereta. Encik Li suruh dia ambil cuti separuh hati dan balik saja ke rumah untuk elak suaminya datang lagi ke pejabat kami.

Sabarlah Nina. Aku biasa dengar perempuan yang terlebih-lebih cemburu dan asyik hendak kawal pergerakan suami. Tetapi kali ini terbalik pula. Memanglah cemburu tanda sayang tetapi kalau sampai peringkat memalukan diri sendiri dan orang lain, itu sudah hilang malu namanya!

Aku doakan Nina tak apa-apa. Semoga rumah tangganya dipelihara Allah! Mudah-mudahan kita ambil iktibar daripada cerita Nina.

10 comments:

echa ituu said...

fuyyoh! masok tv! :D:D

Anonymous said...

cemburu itu tanda sayang tapi jangan sampai ianya memakan diri .

azlinda kamal said...

cemburu tanda syg??hmm..kalau dah sampai melampau camni bukan cemburu namanya..kalau dah sayang mesti ada sikap hormat-menghormati kepada pasangan kita..

Cik Oney said...

urm...betol2..
jgn smpi mkn diri..papeal pon bawak berbincang,ee..takot yer lau pasangan cmtuh...naseb xnek tgn o kaki..alamak..xsngup..

asura said...

kadang-kadang apa yang kita benci sebenarnya itu yang terbaik buat kita,dan hati-hati sebab apa yang kita suka juga boleh jadi buruk untuk kita.jadi bersabarlah dan redha.Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.

nur lynn said...

Mmg ade suami yg begini.dlm rumahtgangga saya sendiri pun.biasanya lelaki begini mungkin ada sejarah yang lampau..dgn ex-gulfren ke..or mayb dlm family dia sendiri.disini isteri kena memahami or tanya suami kenapa dia bertindak cemburu melampau2.kita sendiri sebagai isteri cuba elak drpd buat suami kita timbul rasa cemburu.dlm kes ni,jgn bg dia timbul rasa syak.kita bagitahu dia hal tu sebelum dia find out sendiri.nnt dia rasa dibelakangkan n rasa mcm kita try nak sembunyi sesuatu dr dia.itu la yg buat dia tk puas hati lg plak tk dpt jawapan yg memuaskan hati dia.kalau dia masih tk puas hati,bagi je dia call bekas teman lelaki tu.bukan ke kita kata takde ape2 so buat ape nak takut?yg lebih penting adalah rumahtangga kita yg perlu djaga..

Unknown said...

kalu dah tak ada apa2,kenapa sms tu tak dipadam?laki mana tak marah kalu bini buat mcm tu.ni kan pulak laki jenis cemburu n panas baran.jadi....jgn nak salahkan laki lar sbb ianya salah kamu sendiri.

Anonymous said...

takde laki yang cemburu tak tentu pasal sebab dia tak mahu isterinya lupa yang dirinya sudah pun ada suami yang perlu dijaga maruahnya dan anak yang perlu dididik

sal said...

cemburu tanda nyer sayang..cemburu ada had nyer klau lbh2 blh kelam kabut jadi nyer

~Siti Fatimah~ said...

sy setuju sgt ngan Cik lynn....memang btol ape yg dikatakan.....