Thursday, June 24, 2010

ujian orang berpuasa!


Tengah hari, aku tinggal seorang di meja kerja. Kawan-kawan keluar tugasan dan ada yang keluar makan. Aku berpuasa ganti, jadi terpaksalah jadi penunggu pejabat.

“Itulah lambat-lambat lagi bayar puasa. Kan dah kena jadi penunggu pejabat!” Amboi, suka-suka hati saja kawan-kawan aku menyakat.

“Encik Man nak belanja kami semua beriyani gam. Rugilah kau. Itulah, melambat-lambatkan lagi bayar hutang. Itulah balasan untuk orang berdosa!” Huh, lagi keras usikan mereka! Ada pula yang jadi nasi tambah, hendak jadi ustaz pula. Mulut tiada insurans langsung. Nasib baik aku berpuasa, kalau tidak, jawabnya adalah yang makan kasut!

Entah betul atau tidak Encik Man hendak belanja beriyani gam. Setahu aku Encik Man (salah seorang bos kami) terkenal ‘tangkai jering’ juga. Eh, aku puasa, berdosa mengumpat bos sendiri! Heheheh.

Tetapi seronok juga tinggal seorang diri, terasa tenang aman damai. Rupa-rupanya senyap sunyi ini beri aku banyak ilham dan kekuatan untuk menyiapkan tugasan. Kalau tidak macam-macam bunyi, macam-macam suara yang aku dengar sampai kadangkala tersiap taip sebab terpengaruh dengan gelagat kawan-kawan.

Siap satu rencana dalam tempoh setengah jam. Aku ingat hendak beransur pergi solat apabila aku lihat ada isyarat masuk di Yahoo Messenger aku. Im!

Tak keluar makan? Sejak setengah jam tadi, nampak online saja?

Puasa.

Oh, iyalah! Orang perempuan memang banyak halangan dalam bab-bab puasa ni. Selamat meneruskan puasa ya!

Terima kasih.

Aku tunggu dia menaip balasan. Senyap saja. Tahulah aku, dia sudah tiada di tempatnya. Dia pergi makan agaknya. Aku marah diri sendiri sebab leka tunggu orang balas mesej aku sampai aku terlambat untuk solat zuhur. Teruk sungguh!

Sebelah petang, tak disangka-sangka ada sampai dua mesyuarat. Sudahlah dua mesyuarat silih berganti, bos mengamuk pula dan semua orang kena sembur. Nasib, nasib badan... itulah nasib orang kerja makan gaji! Masing-masing keluar dari bilik mesyuarat dengan muka masam mencuka. Sudahlah berpuasa, hilang mood aku, inilah ujian orang berpuasa agaknya.

Ada mesej dari Im di YM aku, dihantar kira-kira sejam lalu.

Berbuka puasa di mana hari ni? Saya belanja, nak?

Heh, tak ada moodlah! Aku lihat namanya ada dalam senarai. Maknanya dia sedang online. Tetapi aku malas hendak layan. Terus aku offline.

Hmm, berbuka puasa seorang dirilah jawabnya!

8 comments:

-azura- said...

Alamak... org nak belanja.. rugi2... hehehe

~*irjune*~ said...

ehem..ehem...tunggu YM dari si dia ke?

kak cabai said...

bukan semua org pompuan puasa sebab ganti tapi la ni dah masuk bulan rejab, pahala bnyk bulan ni. sama-sama la kita up traffik kat sana nuu...

abg long said...

orang tua2 kata ..sesiapa yang berpuasa dibulan rejab,syaaban sehingga masuk bulan ramadhan akan dapat pahala yang berkali ganda tau...jadi tak rugi kita berpuasa sekalipun puasa ganti

~~zAnAfAhMi~~ said...

'belanja makan' tu memang dugaan org berpuasa....
tapi kalau nak 'belanja makan' yg lebih nikmatnya, dah tentu dialam sana...

abg long said...

yang itu dah tentu kena tambah amalan agar kita sampai disana http:www.rosli2u.blogspot.com

Ms Sinderella said...

saya pun tengah pose ganti ni..hehe.. tapi xla teruk sgt sbb dok umah je.. huhu~

cikwi said...

saya dah banyak kali tinggal puasa tapi belum lagi menganti