Thursday, June 10, 2010

SMS pertama


Tengah hari semalam.

Aku sedang menikmati makanan tengah hari ketika SMS masuk ke telefonku. Daripada nombor yang tidak dikenali. Entah siapa, SMS sesat agaknya, kebelakangan ini memang banyak SMS sesat ke telefon aku; tawar itu ini, yang pelik-pelik sahaja.

Maaf mengganggu kak ngah. Dapat nombor dari Mak Su Liah. Ada tak Mak Su cakap apa-apa fasal saya?

Wah, berdebar-debar pula jantung aku! Inikah orangnya? Aku teringat cerita Mak Su mengenai lelaki yang katanya ‘jatuh berkenan’ pada aku semasa di kampung tempoh hari. Inikah orangnya?

Aku biarkan SMS itu beberapa ketika. Tangan gatal hendak menaip jawapan tetapi aku tidak mahu balas segera. Apa salahnya kalau tangguh beberapa jam? Hampir pukul empat petang, selepas menyiapkan satu laporan berita, barulah aku membalas SMS itu.

Tidak perlulah aku tulis semuanya apa SMS aku pada dia. Tetapi rasanya bermulalah perkenalan dengan Im. Lama juga kami berbalas SMS, bermula petang itu sehinggalah malam; sebab SMS dibalas selang satu jam, ikut kelapangan masa kami. Macam okey saja anak saudara Pak Su ni, dalam SMS seperti ramah!

Bila hendak berjumpa? Yang itu, nanti-nantilah! Im tidak bertanya pula bila hendak berjumpa dan aku pun tidak mahu buka mulut terlalu awal. Entah bagaimana orangnya ya?

13 comments:

Sofia said...

wahh..

satu langkah maju ke hadapannya ye SMJ.. semoga ada jodoh atr kamu..

*sll jd ur silent reader.. hari ni tergerak nk komen jg... bp umo kak SMJ ek?

Fara said...

alhamdulillah....selangkah maju...hihihi.


farah pn sama jugak mcm sofia. sllu silent reader jer.

~*irjune*~ said...

Salam,
Sally....sweetnya...
ada kejujuran dslam sms pertamanya.
semoga dipanjangkan jodoh sally dengannya.

Khalid said...

Aper lah kena ngan mamat tu... Naper dia mintak ma'af pada SMS pertama pada Sali... dia x ader hutang apa2 ngan u kan kan..

Apa2pun pokcik suka dia tu peramah... cuma Sali bagitau dia jd mamat kelakor ckt.. Baru la besst.. hik hik..

miss nadianita said...

jgn ajk jmp terlalu awl..
biar berkenalan utk bbrpa lme...
biarkan dia yg ajk berjmp...
neway,gud luck!!

keyna said...

wa bgus ler lau cam 2.truskan sje ler prkenalan kak saly ngan dya k...kta owng klau jodoh x ke mna kan...btul tak

-azura- said...

Salam.. baru hari ni kesempatan membaca terus dari blog. Selalunya baca yg disiarkan di MW ajer. Anyway, harapnya biarlah berjalan lancar. Slow and steady kata org! Gud luck!

Kuala Pari said...

kadangkala jodoh ni datang dalam keadaan kita x sangka2.....yg penting kita jangan putus harapan....carilah yg beriman, bertangungjawab dan berilmu pengetahuan....itu akan menjamin kebahgian rumahtangga.

shafa said...
This comment has been removed by the author.
shafa said...
This comment has been removed by the author.
abg long said...

orng kata jodoh ditangan tuhan ...jadi kta jangan terlalu bimbang mengenai jodoh ...hidup macam biasa ,kumpul duit dulu kan senang ..nak sara anak dara orang bukan satu perkara yang mudah http:www.rosli2u.blogspot.com

abg long said...

orng kata jodoh ditangan tuhan ...jadi kta jangan terlalu bimbang mengenai jodoh ...hidup macam biasa ,kumpul duit dulu kan senang ..nak sara anak dara orang bukan satu perkara yang mudah http:www.rosli2u.blogspot.com

~Siti Fatimah~ said...

wah...so sweet....sy punye sms pertama.???....emmm.....entah la biler hehe... :)..anyway sy nak jemput semua ahli blog ni lawat blog n kOmen my first nOvel 'Seharum Cinta Sejati' k... :)