Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa, Abah!


Hari Bapa jatuh pada Ahad ketiga bulan Jun. Tahun ini, Hari Bapa jatuh pada 20 Jun 2010. Selamat Hari Bapa untuk semua bapa di seluruh dunia. Hari ini juga harijadi Allahyarham abah aku.

Kebetulan yang sangat indah; tetapi emak pernah kata, tiada yang kebetulan dalam hidup kerana segala-galanya sudah diaturkan Allah sedemikian rupa. Cuma kadangkala manusia yang tidak mengambil hikmahnya.

Aku di kampung. Kami pakat adik-beradik buat kenduri kesyukuran, adakan tahlil dan doa selamat untuk Allahyarham abah dan semua saudara-mara yang sudah pergi dahulu ke pangkuan Pencipta.

Sejak ketiadaan abah, kenduri begini memang rutin kami adik-beradik sebelum masuk bulan Ramadan. Sekarang pun sudah Rejab, tak lama lagi Syaaban dan selepas itu Ramadan buka pintu. Pantas sungguh masa berlalu.

Emak dan mak cik-mak cik sempat menegur anak-anak perempuan mereka; sudah selesai ganti puasa Ramadan lepas? Oooo, itu pun satu peringatan rutin juga. Untung sungguh ada orang-orang tua yang rajin mengingatkan.

Alhamdulillah, kenduri sederhana tetapi meriah dengan adik-beradik dan saudara-mara. Ini masa untuk saudara mara berkumpul. Sayu pula hati teringat Allahyarham abah. Walaupun sudah bertahun-tahun Allahyarham tiada bersama-sama kami, tetapi dia selalu ada dalam hati kami.

Aku masih ingat, antara kebimbangan abah suatu ketika dahulu – jika anak-anak melupakannya apabila dia tiada lagi; itulah yang abah kata pada aku suatu ketika dulu. Aku cakap balik, “Kenapa abah cakap begitu? Takkan mungkin kami semua lupakan abah.”

Abah senyum saja dengar aku menyanggah cakapnya. Kemudian dia kata, “Memang kamu semua tak lupa abah. Abah yakin kamu akan tetap ingatkan abah. Cuma abah takut anak-anak abah lupa hadiahkan doa untuk abah. Abah dah mati masa tu, tak ada apa-apa yang boleh bantu abah, kecuali doa anak-anak yang saleh…”

Tersentuh sungguh hati aku. Aku teringat satu hadis yang biasa aku baca, “Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Setiap kali teringat kata-kata abah, secara tidak langsung aku muhasabah diri sendiri, sejauh manakah doa aku dapat ‘membantu’ abah? Setakat mana amalan aku dapat ‘meringankan’ abah di sana?

Aku tidak mampu menjawab sendiri soalan itu. Apa pun, terima kasih pada abah yang selalu buat aku teringat akan kekurangan diri dan memotivasikan aku untuk memperbaiki diri.

Semoga abah tenang terus di sana. Selamat hari bapa dan selamat ulang tahun, abah!

17 comments:

Shahada Fauzi said...

al-fatihah buat arwah abah cik SMJ..semoga rohnya tenang2 di sana..

kita senasib..semoga doa yg kita kirimkan sampai buat arwah abah kita..insyaAllah..

-MsGoodNite- said...

Al-Fatihah utk arwah ayahanda Kak Ngah.

Normah said...

sungguh menyentuh perasaan. betul tu doa anak yang soleh untuk mereka yang telah tiada.

FirdausAhmad said...

Coretan kak Ngah menyentuh perasaan saya kerana saya amat rapat dgn arwah ayah...tp kini sambutan hari hari bapa hanya menjadi kenangan yang terindah dan hanya doa yg dpt kuhadiahkan pd arwah ayah..
Al-fatihah utk arwah ayah & arwah abah kak ngah..

Anonymous said...

hampir setahun bapaku meninggal akibat kemalangan jalan raya ,,sebagai anak sulung tiada apa yang dapat kuberikan melainkan berdoa supaya arwah bapaku sentiasa diberi rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman ..semasa hidupnya aku tidak pernah memberikannya apa2 sempena hari bapa ...aku gagal dalam menjalankan tanggung jawapku sebagai anak sulung ..

Diarihatiku1976 said...

arwah abah saya juga telah 3 thn meninggalkan kami 13 orang adik beradik... pengorbanan abah memang tiada tolok bandingnya... abah.. i miss u....

-MsGoodNite- said...

abg long : jgn salahkan diri sendiri. Mungkin bukan rezeki anda utk berbakti kpd arwah dgn cara begitu. Apa yg anda lakukan skrg utk arwah bapa, itu yg lebih afdhal dan terbaik.

kak cabai said...

bila tiba hari bapa kak cabai pun sama laa.. macam korang, teringat arwah ayah kak cabai yg sangat sporting tu...

Anonymous said...

-azura- terima kasih untuk khidmat nasihat anda ..inya amat berguna untuk saya ....sebab tanggungjawap saya sekarang sudah bertambah

-MsGoodNite- said...

abg long : sama2. ia bukanlah nasihat, sekadar mengingati... selamat menjalankan tanggungjawab lebih agar tidak lagi merasa kesal di kemudian hari.

Anonymous said...

azura ...adakah awak masih ada bapa ..maaf sebab menanya ...
http://rosli2u.blogspot.com
walau apapun SELAMAT HARI BAPA SEDUNIA ...pergorbanan bapa tidak ternilai dengan wang ringgit

-MsGoodNite- said...

Abg long : Ya, saya masih mempunyai bapa. Tp saya akui saya pun bukanlah ank selalu dpt memenuhi kehendak bapa sedangkan yg berlaku sebaliknya. Tapi saya mengambil iktibar atas setiap pengalaman rakan2 spt abg long yg telah kehilangan ibu atau bapa. Semoga saya dpt memenuhi tanggungjawab sbg anak.

Anonymous said...

insyallah ..azura tentu dapat manjalankan tanggungjawap dengan sempurna ...cuma kita sebagai anak jangan terlalu mengharapkan apa2 dari ibubapa kita kerana mereka tahu apa yang kita inginkan ..ada masa lawatlah blog saya http:roslialong.blogspot.com

Anonymous said...

oppssst... blogsaya baru tukar nama sebentar tadi

-MsGoodNite- said...

Abg long : Insyallah..begitu jugalah harapan saya.

Dh tukar nama ke?

Anonymous said...

yep baru tukar nama .... azura leh tengok nama baru tu . huhu hampir sama ngan blog ni. cuma template nya lain skit

-MsGoodNite- said...

abg long : ok, nanti saya singgah :)