Friday, January 8, 2010

gosip; ada aku kisah?

Foto: lifestyle.indiainfo.com
Kebelakangan ini gosip berpusing ligat. Dua tiga orang rakan sekerja datang bertanya, adakah benar aku akan ditukarkan ke jabatan lain? Adakah benar aku meminta untuk ditukarkan?

Aku geleng kepala sahaja. Aku tidak pernah minta tukar jabatan. Kalau aku hendak ditukarkan, mesti ada alasan kukuh daripada pihak atasan, sama ada pertukaran itu kerana prestasi lemah aku di jabatan sekarang atau aku memang diperlukan di jabatan lain untuk menambah baik jabatan berkenaan.

Malangnya si pembawa cerita tidak pula mengulas lanjut. Maknanya dia sendiri hanya dengar cerita orang! Wah, nampaknya orang lain lebih arif mengenai hal aku. Kalau dinding boleh bercakap, tentu dinding lebih tahu apa yang berlaku sekarang ini!

Aku malas ambil pusing. Sungguh! Biarlah orang hendak bergosip atau kata apa pun. Biarlah mereka buat spekulasi. Manusia ini memang suka buat spekulasi, suka buat persepsi yang bukan-bukan. Orang yang tidak kenal kita pun pandai buat persepsi terhadap kita, konon macam dia kenal sangat dengan kita. Itulah dia manusia, suka berlagak serba tahu dan rasa diri macam Tuhan!

Hendak kata aku ini arif sangat dan masak sangat dengan ragam dunia kerjaya, tidaklah juga. Tolak campur, aku baru lima tahun berada dalam dunia kerjaya. Tidaklah master sangat seperti orang yang sudah berpuluh tahun bekerja dan kenal sangat dengan sepak terajang dunia kerjaya. Tetapi dengan pengalaman yang tidak sebanyak mana ini, insya-Allah, banyak yang sudah aku pelajari mengenai rempah ratus dunia kerjaya yang aku depani sekarang.

Dari segi umur pun, aku dikira masih muda. Muda; maksudnya pengalaman hidup tidak seberapa. Tetapi kecil tidak boleh disangka anak, besar tidak boleh disangka bapa! Pepatah itu juga jadi salah satu prinsip yang aku pegang. Betul juga kata pepatah itu, kepandaian bukan dimiliki oleh orang tua sahaja.

Sabarlah Sali, kata kawan-kawan baik. Politik pejabat kan perkara biasa di mana-mana, tambah mereka. Ya, aku sabar saja. Yang penting, aku buat sahaja kerja aku dan tidak kacau orang lain. Aku harus bersangka baik terhadap semua situasi. Tentu ada hikmahnya. Pendekatan aku, tunggu dan lihat saja!

14 comments:

Anonymous said...

Hi SMJ.

betul kata hati kamu. ignorekan saja. dah lama2 nanti, diam lah yg pot pet pot pet di blkg kamu.

mulut tempayan mmg senang nak cover, mulut org, itu lah jadinya.

badakbiru said...

tp kdg2 ofis politik bleh menjatuhkan & menutup rezki org juga.

Orang yang tidak kenal kita pun pandai buat persepsi terhadap kita, konon macam dia kenal sangat dengan kita. Itulah dia manusia, suka berlagak serba tahu dan rasa diri macam Tuhan! <---suka statement kamu ini..:D

slmt berkenalan.

Anonymous said...

Don't bother about the gossip. Just do your best. The most important thing you HAPPY..........

qenarihitam said...

Alah...just ignore. Mmg ada dalam dunia ni yang suka nak amik tahu hal kita. Nak kata kita ni best sangat tak jugak tp still org nak amik tahu jugak n itu dah lumrah. So...anggap maknanya diaorang mengambil berat akan diri kita walaupun kekadang rasa macam annoying hehehe

Penakumenulis said...

Biarkan je mereka2 itu bergosip. kalo di layan buat sakit kepala je. Sampai masa diaorg berhenti sendiri..percayalah...:-)

Normah said...

kalau kita nak ambil pusing semua gosip, kita juga yang gila. jangan sakitkan hati sendiri, lantaklah diorang yang memang suka bergosip tu.

Azie Ziedazzle said...

Mcm tulah politik pejabat.. kalau tak ikut, nanti orang tekan kita.. Tapi kalau ikutkan sgt, nanti kita terpijak orang lain pulak..

BRADERhijau said...

salam perkenalan, blog awk sye dpt dr tv1 pag td ..wah glamor ye,pe pun hidup pelu d teruskan..pedulikan dgn ape org nak kate,janji diri kite x ngangu hidup org lain


>riskanjariku.blogspot.com

Anonymous said...

Saya setuju dengan Sali, dalam hidup kita ni, pelbagai dugaan dan cabaran perlu kita tempuhi. Buah mulut dan umpatan orang yang tidak berpuas hati atau cemburukan kita sentiasa ada, manusia, memang suka menyebarkan cerita atau perihal orang lain.
Sali kena kuat,terimalah apa saja yang bakal terjadi dengan penuh redha.
U go girl.
;)
Aisha Mohd.

Lysha Amanda said...

hi kak salina..saya baru berjinak2 dgn SMJ ni..urm..not bad..apa yg u lalui hampir sama dgn apa yg pnh saya lalui...tp saya x sekuat kak salina..politik pejabat..saya x mampu nak menhadapinya..akhirnya saya di terminate dgn alasan yg paling tidak munasabah...tp saya bersyukur kerana semua yg berlaku ada hikmah tersembunyi..dan kini saya lebih selesa tinggal di rumah mguruskan anak2,suami dan rumah tangga..cukuplah Allah yg jadi jurunilai di atas segala tugasan yg saya jlnkna ini..x perlu ada BOS mata sepet ke bulat ke nak menilai saya..siapa kita yg nak menilai sesama manusia ni...itu kerja Allah...biarlah Dia yg nilaikan...*-*

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Aura Move said...

nternet Bussiness. Nak Jadi tak jutawan Senyap Internet dengan modal hanya RM100 sahaja. Baru saja aktif di KL mulai Nov 09. Sebarkan kepada saudara mara / kawan2, boleh join Facebook group: LOGOUT FACEBOOK DAPAT RM100. Dapatkan panduan penerangan secara Power Point buka Email : infojutawan2010@gmail.com. PW: aura1234. Daftar di http://www.infinitydownline.com/?id=auramove . Panduan daftar, buka : http://bolehjadijutawan.blogspot.com/.

Unknown said...

politik pejabat meupakan perkara yang paling memualkan...ia berlaku di hampir setiap pejabat...gosip, fitnah, semua perkara biasa di pejabat..sabar sajalah..hanya Allah swt yg menilai semuanya...http://q-wish.blogspot.com....

bie said...

haha..aku pun pnh gak rasa cm ni..kiki.kite ni org pompuan cepat jer perasan, tu aku la..kiki.asal org ajak mkn, terus pikir org tu nak kat kite.padahal that boy xde pape pun, just suh wat teman mkn, teman borak jer.kiki.nasib baik la aku ni jenis layan jer kawan2 ni laki ke pompuan tu cepat tersedar diri awal2.kiki
for u salina, just kawan jer..xrugi pun..:)