Wednesday, December 2, 2009

cari rezeki


BERCAKAP mengenai kerja, aku memang sukakan kerja aku ini. Sangat-sangat suka. Ada orang bertanya, apa yang menarik mengenai kerja aku ini? Bekerja sebagai pengamal media, sudah tentu aku dapat jumpa ramai orang, berbincang, bertukar pendapat dan pelbagai lagi. Itu semua aktiviti yang sangat membuka minda.

Saudara mara aku kata, aku gila kerja. Apa yang aku hendak kejar; pangkat besar, gaji besar, rumah besar, kereta mewah, apa lagi yang besar? Tetapi salahkan kalau aku bercita-cita tinggi? Salahkah kalau perempuan ada cita-cita dan impian besar? Kalau aku sebut mengenai perempuan, aku kata aku feminis pula!

Kebetulan beberapa hari lepas, terserempak seorang kawan lama satu sekolah dahulu. Aku tanya kerja apa, jawapnya, “Kita cikgu je.” Dalam hati aku, mengapa dia jawab begitu, tidak banggakah dia dengan kerja sendiri? “Kita bukan macam awak, kerja besar!” katanya lagi.

“Jadi cikgu kan kerja mulia?” Aku hendak jawab begitu, tetapi aku tidak kuasa hendak panjangkan cerita. Moral cerita ini, aku rasa kita patut bangga dengan apa yang kita lakukan. Aku harap adik-adik yang baru berjinak-jinak dalam dunia kerjaya, berbanggalah dengan apa yang anda lakukan.

Apa pun ingat kata orang tua, jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina, maksudnya, rezeki halal lebih baik daripada rezeki haram. Betul tak?

18 comments:

kakzana said...

Kita patut bangga dgn diri sendiri walau apa pun kerja kita melainkan kita melangut kat rumah, mengabiskan beras!
Akak ni, surirumah je tapi akak tak malu nak mengaku sebab surirumah pun ada kelebihan yg orang lain takde...

Selamat berkenalan...Cik SMJ...

sayaseorangsurie said...

totally setuju dengan kakzana.. saya juga surirumah berusia 29thn.zaman kini.. surirumah tak bermakna tak berilmu. saya sendiri lulusan universiti tapi menjadi surirumah. benar surirumah kini tidak cetek ilmu malah boleh membantu pembelajaran anak2 dirumah dgn lebih kukuh

salam kenal SMJ!

kak gojes said...

salam...ya sy setuju dgn akak². Sy panggil akak lina aje erk. Ekceli sy tau blog ni dr TV1.Bunyik cam menarik aje.Heheeh...sy ni pun kerja jugak n seorg isteri dan ibu kpd dua org anak. Bab bila jumpa kawan2(yg dorg suma lulusan U) sy ni tak ke U...Jd durg kira lbh 'besar' la.Apa² pun sy respek ngan kengkawan sbb mereka suma spt dahulu spt masa kami waktu sekolah dulu².Takda yg cakap besar. Mesti kak lina ni pun cam tu kan. Cuma org lain sj yg rasa gtu..eleh...dengki la tu..heheh kan kak...

Unknown said...

em kalau cakap bab surirumah,saya surirumah ygbberilmu gak,diploma kejurutraan awam lg,skang ibu kpd 2org hero.best tau dpt didik anak sndiri...surirmh skang bkn mcm dulu2 kan kawan2..hehehe..

Azie Ziedazzle said...

Kak sal, suka sgt dgn ur blog, baru je add jadi follower. Saya pun baru berjinak2 ngan blog ni hehe

budak kacamata said...

keje cikgu banyak komitmen.. ada gak yang hampir tenat gan perangai anak murid ehehhe...

Misz Nora said...

kita perlu bangga dengan apa yang kita lakukan..seperti quotes ni..
" Selalu kita menyangka yang ditangan orang itu indah dan menawan,apa yang ditangan sendiri itu kedam.. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang,sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki "...

Anonymous said...

Tringin jadi surirumah sepenuh masa...

Anonymous said...

saya bangga dgn kerja saya!

blogger men said...

yup.. apa jua kerja yg kita lakukan.. kita perlu gembira dan berasa bangga.. kalau tiada org yg melakukan sesuatu kerja itu, tiada pula kesinambungannya nanti.. setiap kerja ada fungsi tersendiri.. just be proud of it.. i love my job too :-)

azzra said...

yer saya vote budak kaca mata..kalu jadi cikgu yang tak berilmu macam mana nak didik anak bangsa sebab budak2 sekarang semua lebih bijak dari kita...

azzra said...

betul tu k.liza saya juga suri rumah ..saya pun berpendidikan jugak ada diploma..cuma xder rezeki je lagi nak kje bagus macam orang lain..nak merasa duit poket sendiri..tapi kita berbangga sebab anak2 ada didepan mata ..kita asuh dan didik dengan tangan kita sendiri..sejauh mana anak2 itu akan pergi kita jugak yang meletakkn acuan nya....

izarini said...

apa jua tugas apa jua kerja, kita ada tanggungjawab masing2. walau peranan kita berbeza nyatanya kita saling memerlukan. jadi, hargailah apa yang dianugerahkan pada kita. pandanglah pada sisi positif. pandangan kita tak perlu sama,biarlah kata mereka...

kenyalang said...

Yup...kita mesti kena bangga ngan kerjaya kita...

Anonymous said...

Semua kerja yg halal adalah mulia dan memberi sumbangan kpd masyarakat walaupun kecil manapun,ia tetap bermakna.Saya seorg guru prasekolah tapi masih ada sesetengah tu berpendapat guru prasekolah ni spt ajar kanak2 bagi 'makan & main' saja.Walau apapun tanggapan sesetengah orang, bagi,saya bangga dgn kerja saya ini. -drp rozie

Anonymous said...

seorang perdana menteri, jutawan atau apa2 kerja yang hebat pun bermula dari huruf dan angka yang diajar oleh seorang guru. Jadi berbanggalah menjadi seorang guru. Mungkin gaji di dunia tak seberapa tp ganjaran di akhirat jika kita amanah.Insyaalah.

Anonymous said...

Saya tertarik dengan artikel ini. Saya bangga kerana saya wanita. Wanita mampu buat banyak perkara, buat kerja pejabat, sekolah, kerja kat rumah lagi, karenah anak, suami lagi, nak fikir apa juadah utk keluarga...wanita ni macam 10 dalam 1...apa pun kerja kita, wanita memang hebat...teruskan pengorbanan selagi kita mampu..

Aura Move said...

Internet Bussiness. Nak Jadi tak jutawan Facebook dengan modal hanya RM100 sahaja. Join group: LOGOUT FACEBOOK DAPAT RM100. Dapatkan panduan penerangan secara Power Point, buka Email : infojutawan2010@gmail.com. PW: aura1234. Daftar di http://www.infinitydownline.com/?id=auramove . Panduan daftar, buka : http://bolehjadijutawan.blogspot.com/.