Sunday, July 18, 2010

sekadar luahan perasaan


Penatnya! Minggu ini terasa amat meletihkan. Tugasan, mesyuarat pengurusan, perbincangan dengan pengiklan dan diskusi program tahunan – semuanya berjalan dalam minggu ini. Macam sudah tidak ada hari lain!

Memang beginilah nasib orang yang bekerja makan gaji dan lakukan kerja yang melibatkan pihak lain. Mereka fikir masa mereka sahaja. Mereka fikir mereka saja yang sibuk dan semua hendak ‘sumbat’ temu janji pada masa yang sama.

Bagus kan, kalau ada ‘klon’, jadi aku boleh arah-arahkan klon aku penuhi semua temu janji. Diri sendiri bolehlah rehat. Heheheh... Apa yang aku merepek ni?

Tetapi apabila aku fikir-fikir semula, memang begitulah keadaan dunia aku dalam bidang media. Itulah, dulu arwah abah suruh aku ‘kerja kerajaan’. Katanya, senang kerja
9 – 5, setiap hari duduk dalam pejabat sahaja, tidak perlu terkejar-kejar sana sini.

Barangkali sebab arwah pun pesara kerajaan, itu sebab dia galakkan aku kerja kerajaan juga. Bukan aku seorang saja tetapi hampir semua anak dia! Tetapi aku yang tidak mahu. Konon, hendak kerjaya yang lebih mencabar, lasak dan berani. Jadi aku pilih kerjaya ini.

Terima sajalah Sali, inilah pilihan yang engkau buat! Jangan berkeluh-kesah lagi.

Mengapa aku berleter-leter mengenai penat bekerja? Sebenarnya bukanlah apa-apa pun. Aku hanya ingin meluahkan perasaan, mungkin sebab penat dengan jadual minggu ini. Cara terbaik luahkan perasaan, adalah melalui blog ini!

Biasalah, kita manusia ada ketika-ketikanya rasa penat dan lelah. Apabila rasa penat dan lelah, mulalah fikir yang bukan-bukan.

Ini hanya satu luahan perasaan. Apa pula luahan perasaan anda?

9 comments:

Cik Azz said...

Hehehe... Sama la, blog dah jadi mcm diari lak, tempat meluah perasaan.. Bezanya diari hanya kita je yang baca.

Sekurang2nya berkongsi cerita dapat meredakan sedikit keresahan kita...

~*irjune*~ said...

Sally...duduk dalam pejabat 9-5 pun kadang2 bosan gak. takde keje yg senang dalam dunia ni.

SHIKIN said...

kije kerajaan skrg pon tak mcm dulu.byk paperwork. klu jawatan yg kena keje luar pun tak dok pej. apapun bukan senang utk mencari sesuap nasi. semua sama je

Cik Oney said...

heee..samela penat sgt..lagi2 sy ney keje bahagian customer services..ya allah..mmg la duduk je..tp tekanan jiwe mental sumer cukup la...sgt penat..
urm..baru je aktifkan blog..bes2..bace luahan orang..share perasaan..heee..

khalifah said...

wahhh nice info diari.... apa yg penting keceriaan dan TERUSKAN SENYUMAN

asura said...

ayah kita mahu yang terbaik buat kita.Jadi,jadilah yang terbaik buat dia..

Anonymous said...

ini satu cabaran untuk kita maju ke hadapan

pRiNcEsS zAiYkHaA said...

keja goverment or swasta sme ade cabarannya..jnji kita ikhlas melakukannya,klu kita buat dgn hati yg ikhlas kta akn menyukai kje yg sdng kta bt..if kta bt dlm keadaan t'paksa kta akn mrasa serabut dn tdk enjoy ngn kje yg kta lakukan

adenium said...

sebagai pegawai kerajaan..saya rasanya statement kerje kerajaan 9-5 dan duduk dipejabat sahaja sudah tidak releven lagi...cabaran tetap ada.. walau dimana kita bekerja... kalau kita tidak mahu sahut cabaran... mungkin lah tidak mencabar...apapun terpulang pada diri masing2.. :D