Thursday, November 19, 2009

emak membebel lagi...alahai!

Emak telefon dari kampung. Aku tengah sibuk mengetuk (menaip) rencana, jadi terganggu sedikit. Emak membebel sebab aku tidak balik ke kampung lagi selepas Aidilfitri lepas. Okey emak, Kak Ngah janji, Aidiladha nanti, Kak Ngah balik kampung!

Cuti sekolah bermula Sabtu ini (21 November), kata emak, ramai saudara-mara undang ke majlis kahwin. Cakap bab kahwin, terus lemah lutut dibuatnya. Faham-fahamlah kalau bersembang dengan orang tua, sudah tahu benar ke mana jurus maksudnya itu. Tetapi nasib baik, emak tidak panjangkan bual mengenai kenduri kahwin. Agaknya emak tahu aku hanya akan tutup telinga kalau emak bangkitkan isu itu. Alahai emak, hendak cari suami bukan macam beli ikan di pasar!

Oh, ada beberapa kad undangan perkahwinan atas meja aku! Kawan-kawan yang baru setahun dua masuk kerja di sini, yang lebih junior daripada aku, seorang demi seorang sudah menamatkan zaman bujang. Aku doakan kebahagiaan mereka dunia dan akhirat. Itu rezeki mereka. Insya-Allah, setiap orang ada habuan masing-masing. Amin.

16 comments:

Anonymous said...

oh!takpe. tabahkan hati. kuatkan smgt. think +ve!!!

fARahAnNa biNTi rAhmaN said...

jgn peduli tu semua...jodoh di tgn tuhan...mane tahu jodoh u akan datang,esok luse ker,tahun depan....

Mukmingood said...

salam cik sali,
Rezeki , jodoh dan maut adalah Hak ALLAH SWT. Bersabar dengan ujianNYA. Sesungguh nya , Hanya dengan ujian , martabat insani akan bertambah atau menurun...apa yang penting , kita berusaha ,Ikhtiar , berdoa dan tawakal kepadaNYA.Cinya yang sejati dan Abadi adalah CintaNYA pada hamba tetapi bagaimana kita sebagai hamba untuk membalas cintaNYA...Tanya lah diri ,,tanya Iman...Tanya Alam,,,,Tanya Akal dan Hati...

Azie Ziedazzle said...

Salam...
Taniah..!! kerana blog akak msk di dlm siaran "Apa Kata Wanita". sy tahu blog akak nie pun melalui rancangan tsb..tetarik sbb nm blog. sy pun sukanya warna merah jambu..hope kita dpt keep in touch selalu pas nie..blh lah layari blog sy : ziedazzle.blogspot.com

fuad ansari said...

jodoh sgt unik.. leh jadi bercinta dgn org lain, kawin dgn org lain.. n bila smp jodoh nanti mesti rasa, mcm ni rupanya bila jodoh sampai, bukan leh ditolak-tolak..tup2 terus jadi je walaupun x berapa nak sedia...

~chekuna~ said...

tahniah atas kewujudan blog awak ni.. pasal jodoh serah pada Tuhan, InsyaAllah..Allah dah rencana semua..banyakkan berdoa agar diberi jodoh yg terbaik..

Unknown said...

taniah pada Salina... kerana menjadi blogger yg berjaya... sikin baru je tahu tentang blog Salina dari rancangan AKW di tv1.. salam perkenalan dari Sikin.. semoga kita boleh berkongsi idea dan cerita...

Anonymous said...

Salam SMJ...

Soal jodoh memang di luar kuasa kita...teruskan berdoa & berusaha.. yang paling penting kita IKHLAS dengan cinta & tiada niat untuk mempermainkan perasaan orang lain... Banyakkan bersabar..dekatkan diri dgnNya...dan mohon doa daripada ibu yang tersayang...INSYAALLAH

Maylynn
SALAM 1 MALAYSIA..

nurul said...

salam akak..td saya oun tgk apa kata wanita.huhu..

budakacamata said...

apapun mak kita memang kuat ebbel.. ehehhehe saya ni dok umah hari2ehehhe

azzra said...

biasa la bebelan kadang2 mematangkan kita..anggap je macam kita dengar siaran radio yang kita minat

mawarMerahBerduri said...

Salam Kak Sali.

Tahniah kerana mempunyai blog yang menarik untuk saya tatapi. Kebetulan, nasib kita memang sama. Tiap kali balik kg mak selalu bertanyakan perkara yang sama. Saudara mara begitu juga. Ditambah lagi dengan status sebagai kak Long dalam keluarga. Adik lelaki yang ketiga juga sudah berkahwin dan bakal mendapat anak dalam waktu yang terdekat ini.

Bersikap positif sahaja yang mampu membuat saya tabah. Jodoh Allah yang tentukan kak. Walaupun kadangkala perasaan sedih menjelma, namun dibiarkan sahaja perasaan berlalu. HIDUP MESTI DITERUSKAN.

iBu...gUru said...

jangan risau cakap kat mak. 29 muda lagi....

sue said...

hello...boleh join.saya ibu anak satu baru....

Anonymous said...

hai
umur 29, bagi aku tak tua lagi sebagai wanita berkerjaya.aku umur 41 lelaki lagi tua

inacomel said...

salam, jgn risau sy pun dah nk mencecah umur 33thn tp sampai sekarang masih single. semua itu bkn halangan utk kita teruskn hidup. mungkin belum sampai masanya lagi....be happy with ur life...i'm happy wpun masih keseorangan