Wednesday, November 11, 2009

aku vs bos

Foto hiasan dari Internet

TERBAKAR hati aku hari ini! Lady Boss seperti sengaja hendak menyerang aku dalam mesyuarat pembentangan perancangan tahun 2010. Kalau dia pandai sangat, dia patut beri cadangan alternatif; tetapi dia tidak kemukakan apa-apa idea pun. Asyik-asyik dia kata, “Saya tak setuju, fikirkan idea lain!”

Rakan-rakan lain pun suarakan kekeliruan juga. Ada yang pandang lain macam pada aku. Agaknya mereka ingat aku sudah mula tunjuk tidak sekepala dengan bos! Salina sudah tunjuk tunjuk taring, kata mereka. Apatah lagi selepas keluar dari bilik Lady Boss, aku hempas fail atas meja dengan muka macam asam kedut!

Aku cuba bersikap profesional. Baik, memang aku profesional! Aku terima saja siapa pun yang jadi ketua aku atas dasar profesionalisme. Tetapi dalam hati, aku pegang pesanan orang tua; ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk, duri yang akan mengait! Atau dengan kata lain, aku tetap berhati-hati!

Minggu ini, mungkin minggu yang tidak begitu memberangsangkan. Apa pun, aku harus terus bekerja!

Nota penghargaan: Terima kasih kepada sahabat-sahabat baru di SMJ. Pesanan tuan/puan amat bermakna sekali!

9 comments:

Anonymous said...

wah! makin hot la bilik meeting itu walaupon air cond terpasang dalam suhu 17 darjah celcius :)

harap2 tidak bergaduh besar. hehe. biasa la lady boss, nak perfect je. kalo saya prefer boss laki lagi. senang di bawa berbincang. but i do have a lady boss, very sporting! harap dia tak pindah!

apakataaku said...

haii orang2 malaysia.. hehehhe...
hai too to salina smj.
hehe..

taat pada yg betul. kalau x betul.. nasihat2 lah pd kebenaran
n kesabaran..

jangan memberontak yer cik salina.
salam.

Unknown said...

Hi..Ermm for me u should be profesional sis..:D BTW xsalah bertekak if kita di side yg tepat dn betull... Gud Luck.

Madam Casper said...

huh mmg geram kalau dapat boss yang poyosss..rasa cam nak bagi size 8 jer kadang2

Irfa said...

salam..
pertama kali singgah.saya pembaca majalah mingguan wanita..x tau nak komen apa sbb baru jumpa blog ni dlm mjlh mingguan wanita
13-19nov..

Penakumenulis said...

Biasalah lady boss......sabar..:-)

Normah said...

Namanya pun Bos. Pandai arah je. Kalau Leader barulah dia ada idea dan tunjukcara.

Salina said...

Terima kasih respons teman-teman. Semangat sedikit rasanya....

norisma said...

Salam perkenalan. Akk baru jumpa blog ni dari rancangan AKW diTV3 yg akk tgk semlm.Bila buke blog ni, seronok jgk membacanye..nanti boleh berkongsi pendapat & emosi ye..