Tuesday, October 13, 2009

kenapa begini lagi?


AKU pasang niat dalam hati untuk mulakan hari dengan penuh semangat. Tidak mahu lagi terkenang-kenang atau teringat-ingat. Malangnya baru sahaja sampai di tempat letak kereta, baru langkah kaki keluar dari kereta, aku terpandang si Yusuf yang juga baru sampai.

Terus mood aku jatuh.

Dia menegur aku dengan sopan (seperti biasa dia memang bersopan orangnya!). Ya, dia baru masuk pejabat semula selepas bercuti lama (cuti raya tokok cuti kahwin!) Mengingatkan itu, lebih hangus hati jadinya. (Tetapi aku cepat-cepat betulkan niat, mengapa pula aku mesti marah. Ini soal jodoh dan ketentuan Allah!)

Dia bertanya, mengapa aku tidak hadir dalam majlis perkahwinannya minggu lalu. Kuala Lumpur ke Kuala Selangor (kampungnya) tidaklah jauh benar. Ramai rakan sepejabat kami hadir tetapi mengapa aku tiada?

Dalam hati aku, “Eh, sempat pula mata dia mencari aku pada hari bersejarahnya; ketika dia di samping isterinya?”

Aku mereka-reka beritahu, aku terpaksa balik kampung; ada hal keluarga tiba-tiba! Itu hanya alasan; aku tidak mahu buat dia kecil hati.

Dia ajak aku berjalan sekali dengan dia masuk ke pejabat. Aku beri alasan, hendak tunggu seseorang di situ. Seseorang yang akan aku interbiu untuk majalah sekejap lagi.

Dia pun pergi. Aku hanya mampu memandang. Teringat satu pepatah lama; ingin si buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi...maksudnya apalah daya; hati ingin, tetapi tak berdaya memilikinya.

6 comments:

Elley said...

kisah ini mcm sy pernah baca dalam novel jer.. hampir sama juga..
sbr jer la kak Salina...

~*irjune*~ said...

baru baca kisah Salina.Situasi saya pun macam Salina, ada kerjaya bagus, gaji besar dan rasanya umur kita pun sebaya...Memang sedih bila org yg kita suka jadi milik org lain. Lagi sedih bila dia masih melayan kita dengan baik. Perkara tu dah terjadi pada saya dan macam Salina saya pun tak pergi ke kenduri kahwin si dia. Tapi alhamdulillah...atas dasar profesional dan sifat menghormati, kami berdua masih berkawan baik sehingga ke hari ini. Kami berdua terima takdir yang kami tiada jodoh dan segala cerita mengenai perasaan kami dulu kami simpan sebagai kenangan lucu dan indah antara kami berdua.

SitiLavender said...

Hai K. Salina.. Cinta dalam hati.. itula yg dpt sy tafsirkan bile berlaku kpd diri sendiri.. hati suka, tapi sukar nyer nak luahkan.. Bile menjadi milik org lain.. menangis semahu2nya.. Allah saje yg tahu... Namun apakan daya.. Jodoh itu rencana yg maha Esa.. Dia yg mengetahui segalanya.. Semoga K.Salina n rakan lain yg penah hadapi situasi spt ini tabah dan teruskan kehidupan.. Ingat la Janji Allah.. Setiap manuasia dicipta berpasang-pasangan.. Insya-Allah kite yakin suatu hari nanti pasti hari untuk kite juga.. ..

Ann said...

Salam,

Saya baru je membuka blog Salina. Rasa tertarik untuk melihat blog Salina. Bila bicara bab kahwin ni, memang dulu saya pun macam keadaan yang Salina hadapi. Jodoh, ajal maut Allah tentukan. Pengalaman saya kenal & sama suka namun jodoh perkahwinan tidak panjang. Allah menduga saya lagi dengan dipertemukan seorang lelaki yang saya lihat amat caring & menyayangi. Namun kusangka hujang ke petang rupanya panas di tengah hari. Kecewa amat sangat dua tahun berkenalan, rupanya ada wanita lain. Amat kecewa hati ini. Tersungkur saya sekejap sedih & air mata sering bercucuran mengenangkan nasib diri. Ujian Allah begitu berat buatku. Saya musabahah diri & mendekatkan diri kepada Allah atas kecuaian & kealpaan yang kita sedar & tak sedari kepadaNYA.

Sesungguhnya, Allah amat penyayang kepada hambanya yang sedar akan kesilapan & kembali kepadaNYA.
Ini untuk ingatan saya dan rakan-rakan.

Saya doakan Salina diketemukan jodoh yang baik daripada Allah.

Rosliza Roslan said...

salam..

hmmm..
sakit kan bila cinta tak kesampaian??
saya pun baru 23 tahun tapi takut nak bercinta lagi sebab seseorang pernah menilai kasih sayang saya dari sudut nafsu...
alhamdulillah sayatidak tewas dengan hasutan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan kita..
tapi saya tak pernah membenci lelaki cuma belum ada yang benar-benar meyakinkan hati ini..
semua yang berlaku mendewasakan saya untuk mengenal hati budi manusia yang bernama lelaki...

Cinta SS said...

pernah dulu..ku fikirkan tanpa cinta x mengapa..bila kau pergi ku rasakan..sepinya di hati..baru kini ku tahu NILAI CINTA Mu...setiap kali aku dengar lagu Allahyarham Sudirman..hatiku pasti terusik...teringat kenangan cinta yg lalu yg tidak kesampaian..dan tiba2 dia muncul kembali setelah hampir 20 tahun kami tidak bertemu..dua jasad yg sama..tp situasi yg berbeza..kami sama2 dh bekeluarga..tp aku xmampu menerima nya sbg kawan krn aku tdk tahu bgmana utk bkawan dgn nya..akhirnya..kami berpisah setelah 4 bulan bertemu...selamat tinggal...