Thursday, September 24, 2009

soalan favourite: bila nak kahwin?


RAYA tahun ini sama sahaja seperti sebelum ini. Pagi raya kami adik beradik ke masjid, kemudian ziarah kubur arwah abah dan nenek, kemudian balik rumah. Kanak-kanak sudah menunggu hendak beraya (bukan hendak makan sangat, tetapi hendak duit raya). Aku selalu fikir, betapa budak-budak sekarang begitu materialistik! Hehehe

Cuti seminggu, kadangkala dalam hati rasa hendak cepat-cepat balik ke KL. Cuti lama-lama di kampung bukannya seronok sangat! Hesy, derhaka sungguh kenyataan aku ini! Kalau emak aku dengar, harus dia kecil hati.

Bukan apa, aku teramatlah malas untuk mendengar pertanyaan orang; bila hendak kahwin? Raya pertama tempoh hari, mak long bertanya soalan itu, aku jawab dengan muka selamba, “Kalau tak kahwin, boleh tak?” Mak long menjeling aku, “Apa cakap macam tu!”

Kemudian sepupu aku tanya soalan yang lebih kurang senada. Sepupu aku ini muda dua tahun daripada aku tetapi sudah ada tiga anak berderet. Bosan dengan soalannya, aku balas dengan jawapan bodoh, “Kau jangan asyik desak kak ngah supaya kahwin. Nanti kak ngah ngurat suami kau, baru kau padan muka!”

Terdiam dia! Hehehe, maaflah Milah. Kak ngah bergurau saja!

9 comments:

Azalea.blogsport.com said...

Aku pun alami problem yg sama, sampai satu masa aku ugut mak, jikalau tanya soalan yg sama gak, aku tak akan balik kg lg. Sekarang bila orang tanya, aku jawab....percaya kepada Qada dan Qadar, jodoh dan ajal maut tak? So kalau percaya kenapa tanya soalan yang aku pun tiada jawapannya.

Ann said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

oh mann, tis is the most typical situation kot kat semua perempuan.. same thing happen to me jugak.. but sometime bila sit and think bac.. ramai org care dekat kita sbb tu la ey keep asking the same question..hehehe

Anonymous said...

saya bujang lagi, umur 33, email

amier7769@yahoo.com

adenium said...

baru tadi tau pasal blog nih..kebetulan tgk tv1...
sama lah saya jugak bosan dengan soalan sama... so... saya memang dah tak balik kg ..kecuali ada hal saja... bukan kita tak pernah berusaha... tetapi dah ketentuan ilahi begitu kan... tapi mereka semua tidak pernah faham... :-)

Anonymous said...

saya pun mengalami masalah yang sama, bukan setakat family makcik2 kat off ni pun sama n paling pedih kuar rumors yg kata kita memilih sgt n tak tunggu apa lg tak kawin2, sy naik tension n bosan ditanyer soalan begitu, sy cuma ckp kita kena percayer qada n qadar if mulut yg melampau sy cakap," i tak amik laki u dah kira bgus la tu" sekrg tak berani lg diorng tanyer... he3
sape yang taknak kawin ....

miss laksa said...

sabarlah.. jodoh, pertemua, ajal, maut semua ditangganNya.. bila banyak bertanya tu, senyum je.. lama-lama dia pun dah bosan=)

suesueka said...

baru hari ni dpt peluang baca blog nih..n sy mulakan dri 1st entri..seronok membaca..
& this post mmg menrik sbb sy juga dlm situasi yg hmpir sma..mak bising2...akhirnya, sy berseloroh pd mk, "jodoh org lain dtg dgn kereta kuda..mungkin jodoh sy dtg naik siput"..ehehe [tp mungkin ada benarnya, kan?] ;)

~ new reader

Anonymous said...

bulan 12.. tahun tak tau lagi..
ade aku kesah!!!!