Saturday, July 25, 2009

ketua baru



Kalau boleh aku mahu hati yang ikhlas; ikhlas kerana Allah. Hari ini bos baru datang. Anak-anak buah yang lain, berbisik-bisik dan saling jeling-menjeling apabila Lady Boss masuk ke tempatnya pagi tadi.


Aku malas masuk campur. Hendak berlagak baiklah tu, kata anak buahku yang lain. Aku sengih saja. Aku mahu bertugas dalam suasana profesional, tidak kira siapa pun bos aku.

Ya Allah, berikan aku hati yang ikhlas untuk bekerja dengan Lady Boss yang baru ini!

Wednesday, July 15, 2009

Nak tulis apa ya?



Baru dua minggu berblog, aku sudah alami writer’s block! Biar betul... kalau begini bagaimana aku hendak hidupkan terus blog ini. Tetapi aku teringat kata kawan-kawan yang pernah memiliki blog; tulislah apa sahaja. Ini tempat peribadi, jadi tulislah apa sahaja!


Betul juga kata mereka. Tetapi kalau boleh, aku hendak tulis sesuatu yang berfaedah juga. Kalau ada orang baca (ada ke?), sekurang-kurangnya mereka dapat pahala juga. Amboi, bukan main lagi berangan!

Wednesday, July 1, 2009

Nak blogging? Boleh ke?


Selamat buat sesuatu yang baru. Selamat untuk diri sendiri! Kata kawan-kawan, berblog ini seronok. Jadi tempat meluahkan perasaan. Jadi aku rasa, aku pun mahu menggunakan blog untuk tujuan meluahkan perasaan.

Banyak juga blog yang aku baca sebelum aku buat keputusan untuk buat blog sendiri. Mula-mula dulu aku terkejut. Macam-macam orang tulis dalam blog. Kisah dia bangun pagi, gosok gigi, pakai baju apa, sarapan pagi apa, memandu ke kolej / pejabat, jumpa siapa, balik pukul berapa, beli apa, semuanya ditulis dalam blog.

Aku tidak nampak apa faedahnya tulis begitu. Apa faedahnya pada orang yang baca. Tetapi seorang dua kawan yang ada blog memberitahu, kita tulis blog untuk kepuasan diri sendiri, lebih untuk diri sendiri. Bukan hendak minta orang lain baca. Tetapi kalau ada orang lain membaca, itu mungkin ada baiknya juga!

Hmm, mungkin ada betulnya. Maka aku pun terbuka hati untuk berblog. Bismillahirahmanirrahim....