Wednesday, July 1, 2009

Nak blogging? Boleh ke?


Selamat buat sesuatu yang baru. Selamat untuk diri sendiri! Kata kawan-kawan, berblog ini seronok. Jadi tempat meluahkan perasaan. Jadi aku rasa, aku pun mahu menggunakan blog untuk tujuan meluahkan perasaan.

Banyak juga blog yang aku baca sebelum aku buat keputusan untuk buat blog sendiri. Mula-mula dulu aku terkejut. Macam-macam orang tulis dalam blog. Kisah dia bangun pagi, gosok gigi, pakai baju apa, sarapan pagi apa, memandu ke kolej / pejabat, jumpa siapa, balik pukul berapa, beli apa, semuanya ditulis dalam blog.

Aku tidak nampak apa faedahnya tulis begitu. Apa faedahnya pada orang yang baca. Tetapi seorang dua kawan yang ada blog memberitahu, kita tulis blog untuk kepuasan diri sendiri, lebih untuk diri sendiri. Bukan hendak minta orang lain baca. Tetapi kalau ada orang lain membaca, itu mungkin ada baiknya juga!

Hmm, mungkin ada betulnya. Maka aku pun terbuka hati untuk berblog. Bismillahirahmanirrahim....

3 comments:

Anonymous said...

hi cik skaf merah jambu :)

saya pon pada mulanya tak teringin nak tulis blog. tgk adik yang addict blog, terus timbul niat nak create blog jgk. sudah lama baru saya tau betapa seronoknya blogging. addict pula rasanya. nak mencari identiti nak tulis blog pon susah juga. btw, happy blogging ya!

Anonymous said...

thanks for the blog. seronok baca blog ni sebab kita macam serupa jer, tak de life langsung after work. hmmm balik rumah bercakap dengan kucing yang selalu lepak kat rumah. anyway, keep this blog. terjumpa blog after tengok apakatawanita kat tv.

Unknown said...

assalammualaikum wbt cik sally..i minat sgt kat program u kat TV1. setiap kali ada kesempatan i akan tengok sampei habis. topik yg di utarakan pun best2 & i really enjoy it. btw, i love pink too hehe. wishing you all the best and keep up the good work.

p/s you go girl!