
Selamat buat sesuatu yang baru. Selamat untuk diri sendiri! Kata kawan-kawan, berblog ini seronok. Jadi tempat meluahkan perasaan. Jadi aku rasa, aku pun mahu menggunakan blog untuk tujuan meluahkan perasaan.
Banyak juga blog yang aku baca sebelum aku buat keputusan untuk buat blog sendiri. Mula-mula dulu aku terkejut. Macam-macam orang tulis dalam blog. Kisah dia bangun pagi, gosok gigi, pakai baju apa, sarapan pagi apa, memandu ke kolej / pejabat, jumpa siapa, balik pukul berapa, beli apa, semuanya ditulis dalam blog.
Aku tidak nampak apa faedahnya tulis begitu. Apa faedahnya pada orang yang baca. Tetapi seorang dua kawan yang ada blog memberitahu, kita tulis blog untuk kepuasan diri sendiri, lebih untuk diri sendiri. Bukan hendak minta orang lain baca. Tetapi kalau ada orang lain membaca, itu mungkin ada baiknya juga!
Hmm, mungkin ada betulnya. Maka aku pun terbuka hati untuk berblog. Bismillahirahmanirrahim....