Wednesday, September 9, 2009

bukan rezeki saya

Kak Rose ketua lama, belanja kami satu jabatan berbuka puasa di rumahnya. Dia sudah lama berjanji untuk belanja kami apabila dia dinaikkan pangkat tempoh hari. Malangnya kami tidak berkesempatan untuk berkumpul sekali.

Akhirnya dia putuskan untuk belanja kami berbuka di rumahnya. Semua yang pernah bekerja di bawah seliaannya dahulu kebanyakannya hadir. Katanya, dia rindukan kami, yang selalu buat bantu dia dan selalu menemaninya tengah malam buta kalau dia sedang dikejar deadline majalah.

Kami pun suka dengan Kak Rose sebab dia memang ketua yang sangat sporting dan murah hati membimbing.

Kak Rose ada bisik pada aku mengenai ketua baru yang datang ke jabatan kami. Katanya, “Hari tu Kak Rose cadangkan Sali untuk gantikan tempat Kak Rose. Kak Rose rasa Sali dah layak untuk dinaikkan pangkat. Tapi tak sangka pula pihak pengurusan hantar orang lain...”

Tidak mengapalah Kak Rose. Bukan rezeki saya. Itu sahaja jawapan aku pada Kak Rose. Walaupun aku sedikit hampa, tetapi tidak mengapalah. Kalau sudah bukan rezeki, makanan dalam mulut pun boleh terlompat keluar!

1 comment:

P.G.L said...

assalammualaiukum..bersabarlah..itu sahaja perkataan yang mampu diluahkan tanda moral support untuk kak salina...adatlah bila kita bekerja makan gaji...pahit manis terpaksa kita telan dengan rela hati...kadangkala kita tak dapat nak puaskan hati smua orang...dan tak smua orang akan puas hati dengan kita...so buat sehabis baik atas kemampuan kita sendiri..klu dah tak mampu...berserah pada yang esa...wasalam..